Kuasai AI, Perkasakan Dakwah Dan Pembangunan Ummah

266

KUALA TERENGGANU– Penguasaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) sebagai kemahiran masa depan yang perlu dimanfaatkan untuk memperkasa dakwah dan pembangunan ummah.

Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Maznah Miftahuddin menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi.

“Dengan mempelajari dan menguasai kemahiran AI, kita bukan sahaja dapat memudahkan kerja, malah boleh membantu membangun dan memperkukuh ummah,” ujarnya.

To’ Puan Maznah berkata demikian kerita berucap merasmikan majlis penutup Bengkel IT Speed 8.0 yang berlangsung di sini pada Sabtu, 9 Ogos.

Seramai 40 peserta dari Terengganu dan Pahang telah menghadiri bengkel yang mendedahkan pelbagai aplikasi AI untuk kegunaan kerjaya dan dakwah, termasuk penghasilan bahan kreatif yang lebih pantas dan efektif.

Beliau juga berharap kemahiran berkenaan dapat dikongsikan kepada mereka di luar sana yang tidak berpeluang hadir

” Ilmu ini wajib dikongsi agar manfaatnya dirasai bersama dan diharapkan peserta pulang dengan iltizam untuk mengaplikasikan kemahiran AI dalam bidang masing-masing, seterusnya menjadikannya alat yang berkesan dalam menyebarkan mesej dakwah Islam,” katanya.