Komander AS Didakwa Bocor Rahsia Pada Peniaga Malaysia

904

Seorang komander angkatan laut Amerika Syarikat dan seorang ahli perniagaan perniagaan dari Malaysia yang terkenal kelmarin, didakwa berhubung skandal rasuah melibatkan pembekalan pelacur, pelancongan mewah dan kontrak pemerintah bernilai jutaan dolar.

Komander Jose Luis Sanchez, 41 tahun, yang ditahan di Tampa, Florida, Selasa lalu telah muncul buat pertama kali di mahkamah persekutuan di Florida, kelmarin.

Dia didakwa menerima rasuah daripada seorang kontmichael-vannak-khem-misiewiczraktor pertahanan asing sebagai pertukaran bagi mendapatkan maklumat sulit angkatan laut Amerika, kata Jabatan Keadilan dalam satu kenyataannya.

Turut didakwa ialah Leonard Francis, 49 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Glenn Defense Marine Asia (GDMA), dari Malaysia.

Dia ditangkap pada 16 September 2013, di San Diego, California.

“Menurut rekod mahkamah, Jose didakwa menyediakan Leonard maklumat dalaman angkatan laut, seperti jadual perjalanan kapal angkatan laut – sebahagiannya adalah maklumat sulit – dan maklumat tentang isu-isu penggunaan sumber secara ekonomikal yang boleh menjejas urusan GDMA, bagi membantu GDMA menang dan mengekalkan perniagaannya dengan angkatan laut,” tambah kenyataan itu.

GDMA kemudian mengatur kawasan kapal perang Amerika patut berlabuh dan menerima khidmat bekalan sokongan.

Firma itu kemudiannya didakwa telah mengenakan bayaran yang berlebihan ke atas kapal tentera laut Amerika ini apabila membekalkan minyak, makanan dan perkhidmatan lain.

leonard-francis-glennMantan Panglima Angkatan Laut Amerika, Admiral Terry McKnight, sebelum ini telah dipetik sebagai berkata adalah sesuatu yang menghairankan bagaimana seorang individu boleh menentukan di pelabuhan mana sesebuah armada laut patut berlabuh, apatah lagi jika ia dilakukan hanya dengan pengaruh seorang kontraktor pembekalan.

Sementara itu, dua lagi pegawai kanan angkatan laut – Komander Michael Vannak Khem Misiewicz, 46 tahun, dan Agen Khas Perkhidmatan Penyeliaan Siasatan Jenayah Angkatan John Bertrand Beliveau II, 44 tahun – telah pun didakwa baru-baru ini secara berasingan berkaitan tuduhan rasuah.

Ketua eksekutif GDMA, Alex Wisidagama, 40 tahun, dari Singapura, juga didakwa kerana menyertai satu kes berkaitan bayaran secara berlebihan kepada angkatan laut Amerika bagi perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan di seluruh Asia Tenggara, kata jabatan itu.

Menurut dokumen mahkamah, Francis bukan sekadar membekalkan pelacur kepada pegawai tinggi tentera laut Amerika di Pasifik, dia juga didakwa menyediakan tiket konsert percuma Lady Gaga untuk pegawai tentera laut Amerika sebagai habuan mendapat akses kepada maklumat kontrak yang dicarinya. – AFP.