Khemah Di Arafah Berhawa Dingin

758

Alhamdulillah, kami bersama seluruh jemaah mula bertolak ke Arafah pada hari Khamis 7 Julai 2022, dari penginapan di Makkatulmukarramah pada pukul 7.00pagi waktu di sini.

Seramai 14,306 orang jemaah haji Malaysia bertolak ke Arafah dan saya termasuk kumpulan jemaah terakhir yang bergerak ke sana.

Alhamdulillah sampai di sini sekitar pukul 2.30 petang dan tahun ini kerajaan Arab Saudi menyediakan khemah-khemah yang dilengkapi penghawa dingin kerana cuaca di sini sangat panas.

Insyaallah hari ini iaitu hari Jumaat, 9 Zulhijjah 1443H akan melakukan ibadat wukuf yang akan dimulakan dengan khutbah wukuf diikuti solat jamak taman.

Ia akan berlangsung pada selepas gelincir matahari, masuk waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar iaitu sebelum subuh pada 10 Zulhijjah.

Setakat ini Jemaah Haji Malaysia dapat melaksanakan ibadat haji dengan baik walaupun cuaca agak panas.

Kami berharap akan melaksanakan dengan baik dan sempurna dan berdoa kepada Allah memperolehi haji mabrur.

Cikgu Shalahuddin Jaafar
Setiausaha PAS Kawasan Besut