Kesebelasan Utama TFC Menang Menentang MU

2326

KUALA TERENGGANU – Ketua Jurulatih Persatuan Bola Sepak Teregganu, Irfan Bakti menurunkan kesebalasan utamanya pada perlawanan bola sepak Liga Super 2018 di antara Terengganu FC (TFC) menentang Melaka United (MU).

Corak permainan pada sparuh masa pertama kedua dua pasukan adalah dilihat seimbang dan pertahanan MU yang mengawal pintu gol dan mengagalkan pemain TFC menjaringkan sebarang gol.

“serangan yang dilakukan oleh pemain TFC tapi berjaya di patahkan oleh permain pertahanan MU yang cukup ketat mengawal pintu gol,

“pada separuh masa pertama tiada sebarang gol di hasilkan kedua dua pasukan,” lapor pemberita sukan, Syaiful Mustafa dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini, Sabtu 27 Mei.

Justeru, persembahan pada esparuh masa kedua pasukan TFC banyak melakukan serangan keatas MU dan akhirnya dapat meloloskan pintu gol MU.|

“dengan hantaran pemain TFC Faiz Nasir cuba menghantar kepada penyerang TFC dalam kotak penalti MU,

“namum dipatahkan oleh pemain MU yang menanduk bola keluar tetapi bola terus melencong ke pemain TFC, Ashari Samsudin,” tambah Syaiful.

Ashari telah melakukan cubaan dengan sepakan kencang dari luar kotak penalti dan berjaya ‘menerobos’ pintu gol MU pada minit ke-60.

Gol tunggal itu kekal sehingga tamat permainan dan memberi kemenangan kali ketiga berturut-turut buat TFC pada perlawanan Piala Liga Super, yang terakhir.

Tahniah buat TFC yang Berjaya mengutip tiga mata di laman sendiri dan tahniah buat Ketua Jurulatih serta seluruh pemain-pemain bola sepak TFC.