Kesatuan Ulamak Sedunia Seru Umat Islam Memperingati Aleppo Yang Sedang ‘Didera’

1426

Kesatuan Ulama Sedunia yang berpangkalan di Doha menyeru seluruh umat Islam menjadikan hari Jumaat minggu (lusa) ini sebagai ‘Hari Kemarahan’ bagi menyokong saudara-saudara seIslam dan para pejuang di bandar Aleppo utara Syria yang sedang menghadapi serangan sengit dari tentera rejim dan sekutunya Rusia.

ALEPPO TERBAKARMenurut pegawai-pegawai pertahanan awam dan sumber perubatan di bandar itu, lebih daripada 400 orang telah terbunuh dan beratus-ratus cedera sejak serangan udara dilancarkan sejak 19 September lalu, apabila tentera Bashar al-Assad melanggar gencatan senjata.

Justeru itu, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia Ali al-Qaradaghi berkata, rejim fasis Syria sedang ‘mengganyang’ warga Aleppo dan mereka memerlukan sokongan serta doa dari kita semua.

“(Hari Kemarahan) bertujuan untuk menunjukkan sokongan (dan doa) untuk (warga dan bandar) Aleppo, yang sedang dihapuskan oleh rejim Syria fasis dan sekutu-sekutunya,

syria AID conoy buurned“sementara (itu) dunia (terus) berdiam diri,” kata Setiausaha Agung Ali al-Qaradaghi dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menyeru para pendakwah Islam untuk berbakti dan menyampaikan khutbah Jumaat minggu ini menunjukkan solidariti dan perpaduan dengan bandar Aleppo perang yang sedang didera.

“Ulama (para pendakwah dan pejuang Islam) perlu berusaha untuk menamatkan ketidakadilan dan kezaliman di Syria dan bersedih dengan (negara Syam) yang sedang dimusnahkan,” katanya.

Beliau turut mengecam sikap ‘double standard’ pihak-pihak yang terbabit dengan dengan krisis Syria dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong rakyat Syria dalam perjuangan mereka untuk kebebasan.

aleppo1Syria telah ‘dikunci’ dalam perang saudara yang dahsyat sejak 2011, apabila rejim Bashar bertindak keras dan ganas terhadap protes pro-demokrasi, yang telah meletus sebagai sebahagian daripada kebangkitan Arab (Arab Spring).

Pusat  Kajian Dasar Syria, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Beirut, telah meletakkan angka kematian akibat konflik selama enam tahun, mengorbankan lebih daripada 470,000 nyawa.