Kes Rasuah PBSNT Ke Persada Antarabangsa; Che Mat Jusoh Antara DiPanggil SPRM

1159
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/sharbinee%20che%20mat%20jusoh.jpg

Agensi berita Reuters telah dipetik melaporkan, ia ekoran aksi penjaga gol pasukan bolasepak Terengganu, Sharbinee Allawee yang ‘menggagau’dan menjadikan bola masuk ke gawang sendiri.

Sejurus selepas itu, Jurulatih berangsa Inggeris Peter Butler dilaprokan telah ‘mengheret’ Sharbinee keluar padang apabila beliau secara janggal menepis bola lalu masuk menggegar jaring untuk membenarkan Kedah menyamakan kedudukan pada hari Sabtu lalu.

“Kami tidak memerlukan pemain itu, Kami hanya mahu orang-orang yang berusaha dengan jujur,

“Saya menjamin bahawa dia (Sharbinee) tidak akan mewakili pasukan (Terengganu) lagi.”kata Butler

Sharbinee, yang telah mewakili pasukan negara Malaysia sebanyak lapan kali, dilaporkan melemparkan botol air kepada jurulatihnya ketika kepanasan apabila beliau digantikan dengan pemain lain dan sekeras-kerasnya menolak dakwaan Butler, kesilapan yang dilakukannya adalah disengajakan.

“saya malu untuk menunjukkan muka saya di khalayak ramai apabila saya melakukan kesalahan dalam perlawanan tetapi ia lebih menyakitkan sekarang apabila orang menuduh saya sebagai (menerima) rasuah,” katanya kepada media tempatan, cuba untuk membersihkan namanya.

Agensi berita tersebut juga melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan ke atas perkara itu.

Pengarah SPRM negeri Terengganu, Md Yusoff Md Zain, berkata antara individu yang dipanggil untuk memberi kenyataan termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh, selain Sharbinee. [Gambar – Sharbinee dan Che Mat Jusoh]

Beliau berkata, SPRM juga telah merakamkan kenyataan daripada kakitangan dan pemain lain PBSNT, sambil menambah, bahawa siasatan adalah hanya di peringkat awal.

Butler dilaporkan telah bertindak tegas bagi meningkatkan disiplin pasukan bolasepak Terengganu dan cuba menghindarkan para pemain dari terdedah dengan rasuah bolasepak.

Minggu lalu, Buter telah menendang keluar dan menyingkirkan dua pemain senior, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, kerana didakwa melanggar perintah berkurung.

Bagaimana pun kedua-dua pemain terbabit telah menafikan dakwaan tersebut dan telah menuntut permohonan maaf.

Datuk Che Mat Jusoh berkata pengurusan PBSNT akan mengadakan mesyuarat lewat pada hari Rabu untuk cuba menyelesaikan isu-isu ini.

Pada awal hari Selasa, Butler dilaporkan berkata, beliau gembira bahawa kebanyakan pemain dan peminat menyokong beliau, tetapi nada beliau telah berubah pada sebelah petang Selasa.

“Saya baru mendengar (berita) saya akan dipecat esok (…) yang menarik (bukan)!” sebagaimana ungkapannya yang dipaparkan di laman media sosial, Twitter.