Kerteh Fun Ride 2016; Penanda Aras Program Kayuhan Mendatang

2486

Tiada bicara dapat ditutur, tiada kata dapat diungkapkan, selain syukur kepada Allah kerana sudah tentunya dengan izin darinya program Kerteh Fun Ride 2016 dapat dijalankan dengan jayanya pada hari ini.

IMG_20160807_102639Mewakili Department of Arts, Culture & Sports ( DACS ) Terengganu berbesar hati merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penganjur bersama Cyclestream serta para Rider’s yang memberikan sokongan yang padu terhadap program yang julung kali dianjurkan oleh kami ini dan berharap program seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih hangat lagi pada masa yang akan datang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada : Jabatan Amal Terengganu, Amal Medic Kemaman, Yayasan Amal Terengganu, Rapat Rescue Kemaman, Team Cubcross ( Galler Team ), Team Drone dan Kerteh Bicycle Community ( Team Debok ) yang begitu komited bagi menjayakan program ini.

Dari pendaftaran terakhir yang diperolehi oleh AJK pelaksana program, jumlah keseluruhan peserta yang hadir untuk bersama-sama menjayakan program Kerteh Fun Ride 2016 ini mencecah 580 orang kesemuanya. Suatu jumlah yang besar dan pastinya kesemua peserta bersama matlamat yang satu iaitu “We Ride for charity and enjoy”.

IMG_20160807_102420Kami sebagai pihak penganjur berharap bahawa program Kerteh Fun Ride 2016 ini dapat menjadi penanda aras bagi program-program kayuhan yang akan datang. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pihak-pihak penaja yang banyak menyumbang ke arah kelancaran program ini. Penghargaan serta ucapan terima kasih juga kami rakamkan kepada semua peserta yang menyertai Kerteh Fun Ride 2016 ini .

Semoga ikatan silaturahim ini kita perteguhkan dan sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada pada program-program yang akan datang.

Ahmad Zulkaramie Salleh
Pengarah
Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan ( DACS )
Terengganu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

IMG_20160807_102420There are no words that can be expressed and described except the level of gratitude and thankfulness to the Allah s.w.t for his blessing, we had successfully conducted Kerteh Fun Ride 2016 event in this day.

On behalf of Department of Arts, Culture & Sports ( DACS ) Terengganu, we would like to thank our co-program coordinator, Cyclestream and all riders for the great commitment and support in this program. We hope that, this program can be conducted again in the future with more participation and supports from the riders. And not to mention, our appreciation also goes to Jabatan Amal Terengganu, Amal Medic Kemaman, Yayasan Amal Terengganu, Rapat Rescue Kemaman, Team Cubcross ( Galler Team ), Team Drone and Kerteh Bicycle Community ( Team Debok ) who have shown a respectable commitment in coordinating this program.

Based on the latest record that was captured by our committee, number of the total participation in Kerteh Fun Ride 2016 program was approximately 580 riders. A huge participation with one golden goal “We Ride For Charity and Enjoy”.

IMG_20160807_102955IAs a program coordinator, we are certainly hope that this Kerteh Fun Ride 2016 program will be a baseline for any upcoming riding program in the future. Last but not least, million thanks to our sponsors who have contributed a lot in this program and this sincerest thanks and appreciation again goes to all the participants/riders who have joined the Kerteh Fun Ride 2016.

May Allah s.w.t protect and strengthening our relationship and together we fix any drawbacks that we have for any program in the future.

Ahmad Zulkaramie Salleh
Director
Department of Arts, Culture & Sports ( DACS )
Terengganu.