Kenapa Saya Tinggalkan Umno?

99

Sejak saya “post” gambar saya menerima watikah dari YB TS TG Presiden PAS,banyak call saya terima dan bertanya kenapa saya tinggalkan UMNO,kenapa saya tak kenang budi umno dll.

SAYA TIDAK TINGGALKAN ATAU LOMPAT DARI UMNO….SAYA DIBUANG OLEH ORANG TERTENTU DARI UMNO..Saya sahut pembuangan itu sebagai seorang Pejuang..Saya memilih untuk terus berjuang.

Saya di buang oleh orang tertentu dan kumpulannya disaat saya dikemuncak bakti dan khidmat kepada parti..Saya sebagai Menteri,sebagai Ketua Bahagian dan sebelumnya Setia Usaha Agong Parti.Sewaktu menjawat dan berkhidmat saya terus aktif untuk parti.Malah berani saya katakan,saya berperanan bersama kawan berunding SEHINGGA UMNO YG KALAH TERUK PRU14,KEMBALI BERTAKHTA DI PUTRAJAYA DAN UMNO MENGISI JAWATAN PERDANA MENTERI SEMULA. Saya boleh menulis buku mengenainya.1001 “untold stories” yang memberi laba besar kepada UMNO.

Malah sewaktu tidak diberi menjadi calun PRU 15,saya tetap setia kpd parti,tetap berkerja keras untuk parti dan membantu kawan kawan yg mewakili parti.Malah saya menolak tawaran menjadi calun mewakili parti lain.

Cuma saya akui satu perkara.Saya menentang usaha mereka yang membelakangkan keputusan PAU bahawa dasar umno ialah “NO ANWAR DAN NO DAP”.Saya menentang tindakan “rundingan gelap” 0gos dan September 2020 dengan ANWAR dan DAP.Saya juga tidak bersetuju UMNO berpecah semula dengan Pas dan Bersatu dan membelakangkan semangat MUAFAKAT NASIONAL.

Saya memilih berkata benar demi parti.Saya juga tetap tidak mahu mengangkat DAP.

Saya dibuang kerana saya penentang JAJARAN BARU.Maka sebagai orang berjuang atas prinsip dan idealism saya bersedia dan redha di buang.Prinsip perlu saya dahulukan.

Alhamdulillah walau saya dibuang dan terhina, PAS telah menerima saya.Malah bukan saja diterima dengan baik,tetapi PAS memberi pelbagai mandat kepercayaan kepada saya.

Saya bersyukur mendapati IDEALISMA perjuangan saya,(yang sudah tiada dalam umno sekarang), tetapi makin subur dalam PAS.Perjuangan yang mendahulukan dasar parti dan bukannya muslihat peribadi,perjuangan mengutamakan penyatuan ummah,bukannya perpecahan.

Saya juga bersyukur mendapati PAS lebih dekat kepada aspirasi rakyat.Pas lebih komited kpd penghayatan politik berdasarkan Islam.Pas lebih teguh dari sudut siasah,tarbiyah dan dakwah.Malah PAS mempunyai potensi besar menjadi wadah orang Melayu dan umat Islam.

Saya merasakan saya ada ruang menjadikan PAS sebagai Parti yang lebih besar dan lebih berpengaruh.

Saya gembira budaya buruk saperti politik wang,”cash is king”,politik cerca dan fitnah sama sendiri,politik puak,politik kleptokrat, politik KKN(kolusi,korupsi,nepotisma),Cah Keting,berebut kuasa,tidak ada dalam PAS.Banyak nilai nilai mulia di suburkan dalam PAS.

Tidak kurang mengembirakan saya PAS tidak memusuhi UMNO dan orang UMNO.,saperti saya tidak memusuhi UMNO..Pas juga terus mendokong aspirasi Muafakat Nasional.

PAS WAJAR MENJADI PILIHAN KITA SEMUA.Insyaallah

Annuar Musa
https://www.facebook.com/share/p/15WJ5dLa8c/?mibextid=Nif5oz