Oleh : Mohd Fauzi Mat Adam
MARANG – Kem Baca Ceria “Berjaya Bersama” telah berjaya menarik penyertaan seramai 31 orang peserta cilik yang merupakan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) di kawasan Marang.
Guru PASTI As Salam, Cikgu Nora Abdul Jalil, 57 berkata program itu bertujuan untuk menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak PASTI.
“Disamping itu untuk memperkukuh kemahiran literasi awal melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di program berkenaan yang diadakan PASTI As Salam, Padang Midin di sini pada 14 Disember 2025.
Menurutnya , Unit Latihan PASTI dengan kerjasama Majlis Guru PASTI(MGP) Kawasan Marang selaku penganjur program yang berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.


“Pelbagai aktiviti kreatif seperti pengenalan huruf, latihan membaca asas, permainan bahasa serta aktiviti berkumpulan yang merangsang daya fikir dan keyakinan diri kanak-kanak, pendekatan santai dan ceria yang diterapkan berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta menggembirakan,
“Diharapkan penganjuran kem seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi celik ilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing selaras dengan matlamat pendidikan PASTI,” ujarnya.





























