Kejohanan Bola Sepak Piala KP Kemaman Capai Objektif

1343

Oleh: M Khusyairi B Kusmaniirat

KEMAMAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman melalui Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan atau lebih dikenali dengan DACS telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala Ketua Pemuda PAS Kemaman 2014 bertempat di Stadium Mini Kemaman, Mak Chili.

Sebanyak 16 pasukan yang terdiri dari empat pasukan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kemaman yang dibahagikan kepada empat kumpulan telah menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan kali ini adalah bersempena musim Piala Dunia FIFA 2014 yang kini sedang rancak diadakan di Brazil. Selain itu, kejohanan ini ingin memupuk semangat kesukanan dikalangan pemuda dan belia di dalam Kawasan Kemaman.

Kejohanan yang bermula seawal 9 pagi ini telah diserikan lagi dengan perlawanan santai dikalangan ahli-ahli jawatankuasa Dewan Pemuda dan PAS Kawsan Kemaman yang masing-masing memakai jersi pasukan pilihan “World Cup” yang sedang bertanding dalam Piala Dunia FIFA 2014.

IMG-20140621-WA0071Menurut Ustaz Ramlan b Mahmood, Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, beliau amat berpuas hati dengan penyertaan daripada semua DUN dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. Katanya lagi, Pemuda PAS sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti anak muda dan belia. Justeru, DACS Kemaman meletakkan komitmen yang tinggi dalam menyajikan program dan aktiviti menarik khas untuk anak muda.

Johan pertandingan telah dimenangi oleh pasukan Air Putih B manakala Naib Johan dirangkul pasukan Kemasik B. Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang pasukan Kijal B dan Air Putih A.

Hadiah utama berupa Piala Pusingan berserta pingat dan wang tunai RM1,000 telah disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abd Hamid. Tempat kedua berjaya membawa pulang wang tunai RM700 beserta pingat manakala tempat ketiga dan keempat membawa pulang wang tunai RM400 beserta pingat. Turut hadir sama menyampaikan hadiah, ADUN Cukai, YB Hj. Hanafiah b Mat.