Kejayaan Yayasan Amal Untuk Semua Pemuda

1260
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/Haji%20Hussin%20menerima%20anugeraha.jpg

Beliau berkata, anugerah tersebut sebenarnya adalah anugerah untuk semua pemuda PAS kerana Yayasan Amal ditubuhkan dalam perbincangan secara terperinci dalam Dewan Pemuda PAS sendiri.

“Pertama sekali saya nak ucapkan teima kasih kepada Dewan Pemuda PAS kerana ini (anugerah) sebagai satu tanda pengiktirafan, sebenarnya Yayasan Amal (Malaysia) ini ditubuhkan pada tahun 2001 dalam perbincangan secara ‘detail’ di peringkat Dewan Pemuda (PAS Malaysia),

“dan saya fikir kejayaan Yayasan Amal sekarang ini adalah kejayaan pemuda dalam menggarap satu gerak kerja kemanusiaan (melalui) NGO diluar organisasi parti secara langsung,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian tersebut yang diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada Rabu malam.

Menurutnya, lonjakan aktiviti Yayasan Amal sejak tahun 2001 sehingga 2004 telah berjaya mencapai cita-cita para pemuda yang mahu melihat Yayasan Amal sebagai sebuah badan NGO bertaraf dunia.

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu berkata, sehingga kini, Yayasan Amal telah memberikan sumbangan khidmat dan bantuan kemanusiaan kepada 37 buah negara.

“setakat ini, AlhamduliLlah (Yayasan Amal telah berikan khidmat kepada) 37 buah negara dari Jepun sampai ke Kenya…..kebanyakkannya (khidmat diberikan) kerana isu kemanusiaan…..isu tragedi sosial, tapi sebahagian besar yang kita pergi (beri khidmat) biasanya kerana bencana alam, kebulura, pelarian…….isu penganiyaan,

“kita (yayasan Amal) mewakili dan membawa bendera Jamaah dan bendera Malaysia ke persada antarabangsa dan tidak dilupakan (sumbangan) kita dalam negara,”ujarnya.

Menyentuh perkembangan sejak 10 tahun lalu, Haji Hussin berkata, Yayasan Amal telah berjaya mewujudkan satu rangkaian gabungan badan bukan kerajaan Kemanusiaan dan Kebajikan (Charity and Relief) antarabangsa dianggotai oleh NGO dari gerakan-gerakan Islam antarabangsa.

“setelah 10 tahun penubuhan, pada tahun 2011 Yayasan Amal telah menaja (menubuhkan) satu gabungan NGO ‘charity and relief’ (dari) gerakan-gerakan Islam yang terdiri dari (NGo dari negara) Mesir, Sudan, Turki, Pakistan, Banglaesh, India, Sri Lanka, Filipina dan Indonesia,

“dan Malaysia (Yayasan Amal) sebagai tuan rumah dan telah dilantik mengetuainya selama tiga tahun dan diminta juga (oleh NGO lain) supaya Ibu Pejabat (gabungan itu) di tempatkan di Malaysia,

“badan itu namanya International Federation for Relief and Development (IFRD – Persekutuan Antarabangsa Untuk Kemanusiaan dan Pembangunan),”katanya.

Antara tokoh-tokoh lain yang menerima anugerah khas smpena Muktamar kali Ke-58 Dewam Pemuda PAS Malaysia adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (Tokoh Pemuda Sepanjang Zaman), Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Anugerah Pejuang Bahasa) dan Puan Norlela (Tokoh Pejuang ISA)