Kedudukan Umno Ibarat ‘Telur Di hujung Tanduk’?

2066

Oleh : SMN

Amaran Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menutup tirai Konvensyen UMNO Terengganu 2015 malam tadi, bukan sembarangan dan sebarang amaran.

Zahid bimbang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) bersekongkol dengan pihak pembangkang dan cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016 yang akan dibuat pada 3 Disember depan.

Bahkan Zahid mendedahkan, konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN dan perdana menteri telahpun berjalan sejak empat bulan yang lalu.

IMG_20151107_124510Beliau mendakwa ‘isu-isu mega’ seperti 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah dimainkan menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zahid menggunakan ‘perang psikologi’, pendekatan menakut-nakutkan, untuk ‘mengecutkan perut’ ahli-ahli parlimen Umno yang juga adalah pemimpin Umno sendiri.

“Saya tahu Anggota Parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan…saya akan perhati satu-satu undi mana-mana Anggota Parlimen (134 Anggota BN) yang menolak Bajet 2016,” katanya.

“Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara UMNO tikam dari belakang…setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama,” katanya lagi.

11892131_844518335626727_3356195315897473719_nIa jarang berlaku secara terbuka, terutamanya diucapkan oleh seorang TPM, dan tidak pernah terjadi sebelum ini.

Mungkin kerana TPM sebelum ini semuanya masuk ikut pintu hadapan, tapi Zahid masuk padang setelah permainan separuh masa kedua, itu pun setelah berpakat dengan pengadil, untuk mengeluarkan penyerang kedua.

Apakah Zahid tidak percaya kepada ahli parlimen Umno? Atau beliau rasa, ahli-ahli Umno tidak percayakan beliau?

Selain itu, Zahid meminta semua ahli supaya sentiasa menyokong kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ahmad Razif, kerana bimbang Umno akan kalah pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14), akan datang di negeri Terengganu.

Kalau benar-benar, sebagaimana katanya, Umno mempunyai peluang cerah dalam kedudukan sekarang menang 17 daripada 32 DUN Terengganu, dia tak perlu ingatkan ahli-ahli Umno supaya menyokong Razif.

Razif dengan Zahid dalam kedudukan yang sama, kerana Razif juga masuk setelah menyingkirkan ‘hero Umno’ dari Kijal yang tidak nampak kelibatnya dalam Konvensyen semalam.

ahmad said muhyiddin yasinAhmad Said sudah isytihar perang, apabila beliau beberapa kali muncul bersama Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maka Kijal menjadi kerusi Umno yang bakal panas pada PRU-14, sekiranya Razif berani menunjukkan kuasanya, ‘mengerat’ Ahmad yang sudah ‘beronar’.

Ahmad pula bukan calang-calang orang, pemimpin ‘setara’ Menteri Pengajian Tinggi sekarang pun beliau pernah ‘warning’ dulu, secara berdepan, ugut Dato’ Seri Idris dalam majlis terbuka, sekiranya Idris tidak mencalonkan beliau.

Justeru, pilihan Razif adalah ‘menunjukkan sikap’ berbaik-baik dengan PAS, dengan menggunakan hujah, dari kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, yang telah ‘ditokok tambah’.

Ustaz Hadi tidak pernah menyebut mahu jadi penasihat kepada mana-mana organisasi Umno, samada dalam atau luar kerajaan.

IMG_20151031_192248Dia mempertegaskan tanggungjawab PAS yang telah termaktub sekian lama dalam perlembagaan PAS yang termasuk dalam Tujuan dan Usaha PAS.

Bahkan berkali-kali Ahli Parlimen Marang itu berkata “tidak…..tidak…..tidak….tidak,” kepada soal mahu bergabung dengan Umno.

Justeru Razif tidak boleh tipu rakyat, menggunakan hujah perjumpaan beliau dengan Presiden PAS untuk mengaburi penilaian rakyat tentang prestasi peribadinya dan kejahatan Umno-Barisan di Terengganu.

Ahli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu masih terasa keperitan sehingga kini apabila Umno-Barisan Nasional memilik peribadikan royalti petroleum menjadi ‘Dana Khas’ yang digunakan untuk projek-projek kroni dan mengayakan suku sakat.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20007.jpgAhli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Umno-Barisan Nasional menzalimi rakyat dengan merampas tanah-tanah yang telah diberikan kepada rakyat oleh pentadbiran kerajaan PAS 1999-2004.

Ahli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu sampai mati pun akan ingat bagaimana kerajaan Umno-Barisan Nasional merobohkan masjid Bujal, rumah Allah.

Ahli dan penyokong PAS serta rakyat negeri Terengganu, bahkan para malaikat akan terus menyaksikan betapa zalimnya pemimpin Umno tidak mahu melaksanakan hukum Allah melalui Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri dan telah mendapat persetujuan perkenan DiRaja!