‘Kami Tidak Akan Berhenti Sehingga Matlamat Kami Tercapai,”kata Khalid Meshaal

1274

Pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata pada hari Khamis, Hamas tidak akan berhenti menentang Israel sehingga semua tuntutan dipenuhi, dan menambah konflik Gaza terkini adalah ‘satu perjalanan untuk mencapai matlamat’.

Bercakap pada sidang akhbar di Doha, Meshaal berkata kumpulan itu tidak akan menyerahkan senjata mereka sebagai sebahagian daripada mana-mana perjanjian.

hamas in tunnelBeliau juga kata tidak ada masalah kepada komander tentera kumpulan itu, yang ditangkap pada awal bulan ini, dalam serangan udara Israel.

“Anda tidak boleh mengawal kebangkitan, kerana penentangan adalah dalam fikiran kami dan dalam jiwa kita …….. tentangan kami akan berterusan sehingga semua tuntutan kami dipenuhi dan kita semakin hampir kepada kemenangan dan al-Quds (Baitulmaqdis),

“Ini bukan yang terakhir. Ini adalah satu perjalanan untuk mencapai matlamat kami. Kita tahu bahawa Israel adalah kuat dan (kerana) dibantu oleh masyarakat antarabangsa. Kami tidak akan menyekat impian kami atau berkompromi dengan permintaan kami,” kata Meshaal.

hamas-fightersIsrael melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan tujuan menghentikan serangan roket terhadap Israel dan memusnahkan terowong dan mendakwa Hamas enggan mengiktiraf kewujudan Israel.

Hamas juga menyeru Mesir untuk membuka sempadan Rafah, sebagai “langkah persaudaraan”.

“Senjata perjuangan adalah suci dan kami tidak akan menerima bahawa ia menjadi (alat) untuk rundingan,

“Tidak ada politik tanpa kebangkitan dan tidak ada penentangan tanpa senjata,”tegasnya

israel-deadKedua-dua Israel dan Mesir melihat Hamas sebagai ancaman keselamatan dan mencari jaminan bahawa senjata tidak akan masuk Gaza, wilayah yang sempit padat dengan penduduk sebanyak 1.8 juta orang.

Bercakap di sebelah papan iklan yang besar dengan slogan ‘negara sedang membina kejayaannya’ Meshaal mengisytiharkan gencatan senjata semas Gaza sebagai kemenangan bagi rakyat Palestin.

“Musuh kita hanya menghadapi tekanan apabila mereka dibedil dengan roket, apabila roket kami menghentam mereka, mereka terpaksa mengadakan perbincangan dengan kami.”ujar Meshaal.

Pegawai kesihatan Palestin berkata 2,139 orang, kebanyakan mereka orang awam, termasuk lebih daripada 490 kanak-kanak, telah terbunuh di wilayah itu sejak 8 Julai, apabila Israel melancarkan serangan.

Angka kematian Israel sebanyak 64 tentera dan enam orang awam.