KOTA BHARU – Dalam hubungan antarabangsa PAS berpendirian bahawa Rantau Asia tidak boleh diizinkan sekali lagi menjadi medan perang kuasa besar yang bertarung atau menjadi proksi kepada mana-mana pihak.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, adalah penting Kerajaan Malaysia mengambil sikap lebih berhati-hati melalui ketegasan untuk berkecuali dari berpihak kepada mana-mana kuasa besar.
“Kepentingan negara dan keselamatan rantau mesti menjadi pertimbangan utama dalam setiap keputusan dasar luar.
“Malaysia mesti mempunyai dasr luar yang berprinsip, bebas dan berdaulat tanpa menjadi alat kepada mana-mana kuasa besar Islam dunia.
“Islam mengajar supaya hubungan antara negata dibina atas keadilan, kepentingan bersama dan kerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS ‘Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan’ di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Abdul Hadi berkata PAS akan terus memberikan perhatian terhadap masalah umat Islam yang ditindas di seluruh penjuru dunia.
“PAS juga meletakkan keutamaan untuk menjadi penggerak bagu mengangkat agenda penyatuan ummah di Rantau Asia Tenggara dan dunia Islam,” tegas beliau.
Dalam pada itu katanya, seluruh dunia telah menyaksikan kezaliman dan keganasan paling melampau yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang bertujuan melakar peta baharu Asia Barat demi merealisasikan gagasan ‘Israel Raya’.
“Dalam keadaan tersebut, Iran tampil memberi dukungan kepada perjuangan Rakyat Palestin yang majoritinya bermazhab Sunni.
“Maka, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iram yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa kerana mencabuli prinsip keadilan, undang-undamh serta Piagam PBB.
“Kesan konflik ini turut dirasai oleh seluruh dunia apabila ketegangan di Selat Hormuz memberi tekanan kepada perdagangan, bekalan tenaga dan ekonomi global,”katanya.
Justeru, beliau berkata Umat Islam perlu mengambil iktibat bahawa ancaman tersebut tidak mengenal perbezaan bangsa, negara mahupun mazhab.
“Apabila kepentingan dan kekuatan Umat Islam menjadi sasaran, perbezaan dalaman sesama kita tidak lagi menjadi sasaran, perbezaan dalaman sesama kita tidak lagi menjadi pertimbangan musuh.
“Justeru, umat Islam wajib memperkukuh kesatuan, mempertahankan hak dan kedaulatan bersama serta tidak membiarkan perbezaam mazhab dan sempadan negara memecah belahkan kekuatan umat,” tegas beliau.






























