Jamaat-e-Islami Bangladesh yang pernah diharamkan, bersedia untuk menunjukkan prestasi terkuatnya pada pilihan raya parlimen Februari ini dan terbuka untuk menyertai kerajaan perpaduan serta telah mengadakan perbincangan dengan beberapa parti.
Tinjauan pendapat menunjukkan, Jamaat-e-Islami akan menduduki tempat kedua di belakang Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dalam pilihan raya pertama yang disertai sejak hampir 17 tahun.
Menandakan parti Islam itu kembali ke arus perdana politik di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam berjumlah 175 juta orang.
Jamaat kali terakhir memegang kuasa antara tahun 2001 dan 2006 sebagai rakan gabungan m dengan BNP dan terbuka untuk bekerjasama dengannya sekali lagi.
“Kami ingin melihat sebuah negara yang stabil sekurang-kurangnya selama lima tahun. Jika parti-parti bersatu, kami akan mentadbir kerajaan bersama-sama,” kata Jamaat Ameer (Presiden) Shafiqur Rahman.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual di pejabatnya pada Rabu, di kawasan perumahan di Dhaka, beberapa hari selepas parti itu mencetuskan kegemparan, menjalin kerjasama dengan parti Gen-Z.


Pelan Anti Rasuah
Jamaat menyokong tadbir urus Islam di bawah undang-undang syariah dan telah berusaha untuk meluaskan pengaruhnya melangkaui asas konservatifnya.
Shafiqur Rahman berkata, anti-rasuah mesti menjadi agenda bersama bagi mana-mana kerajaan perpaduan.
Menurutnya, Perdana Menteri akan mestilah datang dari parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya 12 Februari.
Beliau menambah, jika Jamaat memenangi kerusi terbanyak, parti itu akan memutuskan sama ada beliau sendiri akan menjadi calon Perdana Menteri.
Kebangkitan semula parti itu susulan penggulingan Perdana Menteri Sheikh Hasina dalam pemberontakan yang dipimpin oleh belia pada Ogos 2024.
Parti Liga Awami pimpinan Hasina kini dihalang daripada pilihan raya, merupakan musuh tegar Jamaat.
Semasa tempoh perkhidmatannnya, Hasina telah mendakwa beberapa pemimpin Jamaat dan dijatuhkan hukuman mati atas dakwaan jenayah perang semasa konflik kemerdekaan 1971 dengan Pakistan, satu peperangan yang ditentang Jamaat.
Jamaat telah diharamkan daripada pilihan raya sejak 2013 selepas mahkamah memutuskan piagamnya melanggar perlembagaan sekular negara itu.
Kerajaan sementara yang diketuai oleh pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus menarik balik semua sekatan ke atas parti itu pada Ogos 2024.





























