‘Jaulah Mahabbah’ : Harapan Kepada Muslimat Muda

1788

Oleh : Sarah Aqilla

KUALA NERUS – ‘Jaulah Mahabbah’ membuka harapan yang tinggi kepada muslimat muda khususnya di Dun Seberang Takir dalam menggalas tanggungjawab besar dakwah ke arah kesedaran beragama dalam kalangan rakan sebaya.

Pengarah Majlis Tindakan DDUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, muslimat muda boleh berperanan dengan lebih berkesan untuk membawa suatu imej baharu yang lebih baik dan menonjolkan watak muslimat yang solehah.

“Program ini semoga dapat mencapai matlamat ke arah melebarkan kesedaran dan kefahaman terhadap perkembangan politik negara kini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan program Jaulah Mahabbah ke Kuala Lumpur 9hb dan 10 Februari 2018 di Surau Markaz Seberang Takir, pada umaat, 9 februari, di sini.

Menurutnya, semoga semua ahli rombongan jaulah mahabbah ini dapat membetulkan niat masing- masing kerana Allah supaya setiap amal di kira sebagaI ibadat.

“Saya juga turut mengucapkan tahniah kepada Ameerah dan Muslimat Dun Seberang Takir atas inisiatif menganjurkan Jaulah Mahabbah ini,

”Dan semoga usaha murni ini dirahmati dan diberkati Allah,” ujar Ustaz Zakaria lagi.

Sehubungan itu, Ketua Ameerah kawasan Kuala Nerus, Khairunnajah Mohd berkata, kerajaan seharusnya berfikir dengan lebih realistik tentang isu pengangguran golongan wanita muda kerana rakyat bukan bahan ujikaji.

“Institut Pengajian Tinggi (IPT) samada awam atau swasta terlalu banyak mengeluarkan pelajar siswazah saban tahun,

“Tetapi peluang pekerjaan tidak sehebat produk siswazah yang ada,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hutang belajar terus bertambah dan untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Dana modal dan kemahiran turut menjadi masalah,” tambah Khairunnajjah lagi.