Peningkatan serangan Israel ke atas Jalur Gaza adalah bertujuan untuk melakukan keganasan terhadap orang ramai dan cubaan untu mengganggu rancangan ‘Kepulangan Besar-besaran’ Great March of Return
Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum mengutuk serangan udara rejim pada Sabtu malam dan beberapa yang lain, yang cuba memusnahkan beberapa titik penting Hamas.
“Ini adalah untuk keganasan terhadap orang ramai dan mengganggu persediaan warga Palestin untuk membuat persiapan dan persediaan Great March of Return bagi memecahkan pengepungan Israel.” ujarnya dalam satu kenyataan pada hari Ahad.
Katanya, ia mencerminkan krisis sebenar Israel berikutan kegigihan rakyat Palestin, untuk mengembalikan hak mereka.
Barhoum menegaskan bahawa semua percubaan Israel untuk memecahkan kehendak dan kesatuan rakyat Palestin, aan menemui kegagalan.
Sementara itu, di Khan Younis, Jawatankuasa Kebangsaan untuk perarakan dan himpunan itu talah memulakan pemasangan kem pertama di sebuah kampung berhampiran sempadan, Khuza’a di timur Khan Younis, di selatan Gaza.


Beberapa buah jentolak telah memulakan kerja sejak awal pagi menyodok dan meratakan tanah sebagai permulaan bagi mendirikan kem pertama.
Kawasan tersebut adalah paling hampir dengan sempadan wilayah Palestin yang telah dijajah Israel pada tahun 1948.
Hampir 1 juta umat Palestin telah dihalau keluar dari kampung halaman masing-masing dalam tregedi menyayat hati dipanggil ‘Nakba’.
Pembinaan kem-kem yang bakal dilengkapi dengan bekalan air sempena agenda ‘Great March of Return’, akan berlanjutan sehingga 15 Mei, hari peringatan ‘Nakba’.
Ribuan warga Palestin dijangka mengambil bahagian dalam demonstrasi besar-besaran di timur Gaza sepanjang sempadan Palestin 1948 yang telah dirampas Israel.
Pesawat Israel pada pagi Ahad menggugurkan ribuan risalah yang memberi amaran kepada penduduk Gaza untuk mengambil bahagian dalam acara ‘Great March of Return’





























