Awal pagi tadi, tentera penjajah regim Zionis “Isr4 Hell” telah melancarkan serangan udara ke atas Republik Islam Iran yang menyasarkan tapak fasiliti nuklear, fasiliti peluru berpandu, pengkalan tentera, pemimpin tertinggi tentera, saintis nuklear dan kediaman orang awam.
2- Serangan berlaku setelah semalam disahkan rundingan terbaharu program nuklear antara Iran dan Amerika Syarikat dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini di Muscat, Oman.
3- Zionis “Isr4 Hell” dilaporkan melancarkan 5 gelombang serangan dengan ratusan serangan disasarkan ke atas 8 lokasi di serata Iran seperti di Tehran, Natanz, Tabriz, Kermanshah, Isfahan, Ilam, Arak dan Ahvaz.
4- Setakat ini disahkan bahawa Ketua Komander Kor Tentera Revolusi Republik Islam Iran (IRGC) Mejar Jeneral Hossien Salami, Ketua Kakitangan Tentera Republik Islam Iran Mejar Jeneral Mohammed Bagheri, Komander Kejuruteraan IRGC Mejar Jeneral Gholami Rashid dan Saintis Nuklear Mohammad Mehdi dan Fereydoun Abbasi telah syahid dalam serangan awal pagi tadi.
5- Mengikut laporan media Iran dan antarabangsa, orang awam dilaporkan turut terkorban dan cedera dalam serangan jahat tersebut namun jumlahnya masih tidak dapat disahkan.
6- Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei menyatakan bahawa regim Zionis “Isr4 Hell” mesti bersedia untuk pembalasan dan harus menjangkakan hukuman yang amat berat kerana Iran tidak akan membiarkannya tanpa dihukum.
7- Kini dilaporkan bahawa tentera Iran telah melancarkan ratusan dron ke arah negara haram “Isr4 Hell” dan dijangka akan melancarkan serangan besar-besaran tidak lama lagi.
8- Dilaporkan jet pejuang Zionis “Isr4 Hell”, Amerika Syarikat dan Britain sedang berusaha memintas dan memusnahkan dron Iran yang sedang menuju ke “Isr4 Hell”.
9- Negara haram “Isr4 Hell” mengisytiharkan “nationwide state of emergency”.
“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”
YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.