Israel Halang Pemain Bola Sepak Palestin Keluar Dari Gaza

1578

Pihak berkuasa rejim haram Israel telah menghalang sembilan pemain kelab bola sepak Palestin daripada meninggalkan Semenanjung Gaza untuk mengambil bahagian dalam perlawanan akhir Piala Palestin di Tebing Barat.

Pasukan Rafah Youngsters dijadualkan untuk bermain pasukan yang berpangkalan di Hebron, Ahly al-Khalil pada hari Jumaat, tetapi mereka dihalang oleh Israel pada hari Rabu.

Ahli Majlis Tertinggi Sukan dan Belia Palestin Abdussalam Haniyye, menulis di laman Facebooknya bahawa pemain tidak dibenarkan keluar dari Semenanjung Gaza.

Oleh itu, Haniyye menggesa FIFA, badan induk bola sepak antarabangsa, untuk mengambil tindakan bagi menamatkan pelanggaran kontroversi itu.

Perlawanan akhir piala Palestin tahun lepas telah ditangguhkan selepas enam pemain dari pasukan Gaza telah tidak dibenarkan untuk perjalanan serupa.

Keputusan itu diterbalikkan selepas FIFA mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat keatas pihak berkuasa Israel.