Islam Dasar Pemerintahan Kerajaan Terengganu

1337

Oleh Nooreni Abu Bakar.

DUNGUN- Kerajaan Negeri Terengganu hari ini  mengamalkan pentadbiran yang  dasarnya adalah Islam dengan  Al-Quran, hadis Nabi, ijmak dan qias menjadi rujukan.

Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Ustaz Mohd Nor Hamzah memberitahu, ini kerana kerajaan adalah di bawah kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang menjadi  dasar parti adalah Islam.

Ustaz Mohd Nor Hamzah

“Maka dalam memimpin, hidup berkomuniti,  pendidikan, kebajikan, kebudayaan, pelancongan, sukan dan apa sahaja yang ada dalam kerajaan tidak boleh lari daripada Islam kerana dasar kita Islam, ”  ujarnya beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong itu juga, menjelaskan demikian ketika berucap di Majlis Dialog bersama Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu di sini pada 13 November.

Antara Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Dungun yang hadir

Mohd Nor seterusnya menambah, manakala pentadbiran pula digerakkan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang mengandungi  sembilan kriteria.

“MPKK yang paling bawah, imam, bilal dan Pengerusi Masjid, i-MiTS, Ahli – Ahli Mqajlis sehinggalah kepimpinan di peringkat negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar mesti bercirikan sembilan kriteria ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera(BPMS) ,  ” jelasnya.

Menurutnya BPMS yang bertunjangkan prinsip  iaitu Islam, walaupun tidak disukai sesetengah orang.

” Prinsip dia apa, Islam, kalau yang dulu comel(elok) kita teruskan, kalau yang dulu comel tapi ada benda yang tak molek kita hentikan, ” tambah beliau lagi.

Diantara kriteria BPMS juga, katanya politik dakwah dimana  PAS bukan sekadar parti politik, di dalam masa yang sama berdakwah.

” Kita nak dakwah Puteri Umno, sebab dulu dia nampak Umno ni comel, jadi kita nak dakwah mereka, ” ceritanya.

Majlis sumbang saran itu telah berjaya menarik kehadiran seramai lebih 200 peserta  dan turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, Hajah Khairiah Mokti.