Ijtimak Kepimpinan; Selamat Datang Ke Besut

478

Alhamdulillah tahun ini Pas Kawasan Besut telah ditetapkan sebagai tuan rumah Ijtima’ Kepimpinan PAS negeri. Lebih dua minggu kami telah bersiap sedia menerima tetamu dari seluruh negeri.

Program ini akan diadakan pada 1-2 Ogos bertempat di Kota Putera Square Kampung Raja Besut, Terengganu. Dijangkakan lebih 5,000 orang peserta akan menyertai ijtama’ kali ini bermula dari Kemaman hingga kawasan Besut.

Insya Allah, Besut sendiri telah membuat kerahan seramai 2200 orang peserta dari cawangan-cawangan dengan mensasarkan 20 orang setiap cawangan akan hadir.

Program kali ini sangat penting kepada jentera parti dari seluruh negeri bagi persiapan menghadapi PRU16. Pas negeri Terengganu perlu mempersiapkan jentera semua peringkat bagi mengekalkan kemenangan 40 – 0 iaitu 32 Dun dan 8 kerusi parlimen.

Program akan bermula dengan ceramah isu semasa pada malam ini yang akan disampaikan oleh Datuk Panglima Perang MB Kelantan dan wakil bersatu serta beberapa orang pemimpin negeri Terengganu.

Pada sebelah pagi esok majlis perasmian yang akan dilakukan oleh Tuan Guru Presiden PAS yang dimulai dengan pemeriksaan perbarisan Jabatan Amal Malaysia. Tuan Guru Presiden akan melakukan pemeriksaan perbarisan. Sebaik selepas ucapan perasmian Presiden akan menyampaikan anugerah tokoh istiqamah dan tokoh Mithali.

Atur cara setrusnya diikuti olah Ucaptama oleh Al Fadhil Ustaz Idris Ahmad diikuti perbahasan oleh 15 orang wakil PAS Kawasan dan dewan-dewan. Sebagai persiapan Pas Besut akan menyediakan makan tengah hari kepada 5,000 orang peserta.

Saya bagi pihak PAS Kawasan Besut mengalu-alukan kedatangan peserta dari seluruh negeri. Semuga perhimpunan kali ini akan menggilao semangat juang dan kesiapsiagaan seluruh jentera bagi menghadapi PRU16.

#Teguh Memimpin

Siiruu ala barakaatillah!

Haji Shalahudin bin Jaafar
Setiausaha
PAS Kawasan Besut.