Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- ICERD bukanlah perkara yang baru, ianya telah bermula semenjak 1969 ianya merupakan piagam di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB).
Dimana, ianya mengesa agar mana-mana negara menandatanaganinya.
Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Kawasan Dungun, Jamaluddin Jusof berkata deklarasi ICERD, menyerupai tuntutan Ambiga yang mesti ditolak, kerana tuntutan penyamarataan itu akan mengakibatkan impak yang negatif kepada Melayu Islam.
“Presiden PAS yang juga merupakan Ahli Parimen Marang(ketika sidang parlimen) telah memberi amaran
“Jangan langgar api merah yang tengah menyala,
“Diharap amaran Tuan Guru (Parlimen Marang) itu difahami dengan jelas (menolak ICERD),” ujarnya
Menurutnya, apa yang lebih merunsingkan, adalah ianya akan mengakibatkan berlaku penyamarataan agama, yang akan memberi kesan kepada Agama Islam sebagai agama rasmi, kerana itu ianya mesti ditolak.
“Hikmahnya ada. Dimana berlaku peyatuan Islam Melayu.
“Samada pihak UMNO dan PAS sendiri.
“Dan turut meberi hentakkan di kepala pemimpin Parti Bersatu, iaitu Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang sudah mula berbunyi ( menolak),”‘tegasnya.
Menurutnya, Amaran Tuan Guru sudah didengari seluruh rakyat, jika sekiranya tidak ditolak, maka akan dihimpukan 1 juta rakyat Malaysia untuk bersolidariti.