Hasrat TFC Tumpaskan JDT Hampa

1577

Kunjungan Kelab Bolasepak Terengganu (TFC) ke Stadium Larkin, Johor Bharu membawa padah dan hampa apabila tewaskan 0-2 di tangan JDT, dengan jaringan gol pada separuh masa pertama

Pada babak tersebut Rabu 20 Jun, JDT dengan cemerlang di laman sendiri dan menang dengan kedudukan selesa apabila mendapatkan jaringan gol oleh pemain impotnya Marcos Antonio pada minit ke-7 dan Gonzalo Cabrera pada minit ke-34.

Kekebalan pertahanan JDT menyukarkan penyerang TFC untuk untuk menjaringkan sebarang gol di tempat lawan sehingga tamat perlawanan.

Walaupun JDT antara pasukan terkuat pada Piala Unifi Liga Super Malaysia, ketua jurulatihnya Raul Longhi menyatakan masih berjaga-jaga, sebelum permainan bermula.

“TFC adalah pasukan yang kuat dan saya percaya perlawanan itu akan menjadi antara perlawanan pemikiran untuk kami. Yang kini mempunyai pertahanan tengah yang kuat,

“Bagaimanapun, kita perlu memenangi perlawanan ini dan mengambil tiga mata lagi. Kami yakin jika memberi komitmen penuh, semuanya akan berjalan lancer,” ujarnya

Dengan kekalahan ini TFC tidak dapat berjaya mendapat sebarang mata bahkan JDT berjaya mengutip tiga mata kini berada di tingkat teratas dengan memperolehi 41 mata kesuluruhan.

TFC hanya 24 mata penuh, jarak perbezaan mata keseluruhan yang sangat jauh dengan TFC dan menambah keselesaan pasukanya apabila menewaskan TFC.