Terengganu, Malaysia
Berita

Harga Tiket Liga Malaysia Naik RM5

Sultan_Ismail_Nasiruddin_Shah_Stadium_from_Kuala_Terengganu,_Terengganu,_ssins

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menaikkan sebanyak RM5 harga tiket bagi kejohanan Liga Malaysia.

Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata keputusan itu diambil memandangkan harga tiket sudah lama tidak dinaikkan sedangkan kos pengurusan semakin meningkat.

pbsntOleh itu harga tiket bagi tempat terbuka kini berharga RM15, tempat berbumbung berharga RM25 sementara bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah, harganya RM5.

Beliau berkata pas bermusim bagi tempat duduk berbumbung pula berharga RM300, tempat duduk terbuka RM200 dan bagi kelab penyokong RM180.

Memandangkan Stadium Gong Badak dijangka siap pertengahan tahun ini, kemungkinan aksi Liga Malaysia akan berpindah ke sana dalam bulan Jun atau Julai, katanya.

Arpin berkata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman akan memperkenalkan pemain Terengganu dan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Sabtu ini sempena perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan.

— BERNAMA

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan