Penduduk yang tinggal di persisiran pantai dari Tok Jembal hingga Batu Rakit sedang dan akan melalui ancaman yang menakutkan akibat hakisan pantai yang kian merebak setiap kali musim tengkujuh.
Masalah ini bermula semenjak tambakan laut bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Lebih malang lagi, usaha membina pemecah ombak baru-baru ini di kawasan Mengabang Telipot telah menjadikan situasi hakisan pada kampung berhampiran semakin kritikal.
Harga yang cukup mahal ini terpaksa ditanggung oleh rakyat bukan sahaja yang berada di kawasan Tok Jembal, malahan ia terus merebak sehingga ke Mengabang Telipot.
Bencana ini bukan sahaja memberi kesan besar kepada nelayan di persekitaran tetapi turut membabitkan keselamatan rumah penduduk. Jarak ombak yang makin menghampiri rumah penduduk amat membimbangkan. Beberapa pengkalan nelayan terpaksa melalui beberapa pemindahan tapak bagi mengelakkan ia dihanyutkan ombak.
Pihak kerajaan perlu lebih serius dalam memberi tumpuan kepada usaha tebatan hakisan. Kajian terpeinci perlu dilakukan supaya usaha ini mampu memberi penyelesaian jangka panjang dan bukannya membawa kerosakan yang lebih buruk.
Usaha yg dilaksanakan sekarang ini hatuslah dipantau kerana yang berada didalam bahaya adalah rumah-rumah penduduk yang saban hari makin hampir dengan hakisan.
Isu pembangunan yang ingin dilaksanakan perlu mengambil kira ekosistem yang terpaksa dihormati bagi memberikan hak alam sekitar. Bukannya rakus membawa pembangunan sehingga keaslian pantai Terengganu terhapus dengan sendirinya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Y.B Hishamuddin bin Abdul Karim
Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh
4 November 2015
Pahang Pas has expanded its Rumah Budi project for underprivileged families with the construction of a third unit in Kampung Batu Hitam, Beserah here,...
KUALA TERENGGANU – Ameerah Terengganu menzahirkan rasa kesal terhadap sikap gopoh kerajaan dalam menandatangani Perjanjian Tarif Timbal Balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (MY–USA)...
Turkiye telah mengeluarkan waran tangkap atas kesalahan genosid terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan pegawai kanan Israel yang lain.
Menurut kenyataan pejabat pendakwa raya...
Oleh : Dr Riduan Mohamaad Nor.
Kelantan serta Terengganu dua buah negeri jantung hati orang Melayu yang juga merupakan pengkalan kepada PAS semenjak dekad 50an...
Oleh: Ahmad Hilmi
BESUT – PAS Kawasan Besut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu tidak boleh berkompromi dalam sebarang perjanjian perdagangan atau kerjasama antarabangsa yang melibatkan...