MARANG – Hairie Othman, satu nama besar dalam dunia seni, mengejutkan peminatnya di tanah air apabila menyertai PAS pada 6hb Julai 2012 dan bergiat cergas dipentas PAS.
Kemunculan beliau pada program ‘talk show’ di masjid Rusila malam ini, Selasa 16 Jun menolak segala dakwaan bahawa beliau tidak lagi mempertahankan ‘aqidah’nya bersama PAS.
Katanya, anak-anak muda hari ini sudah tidak takut dan imannya semakin kurang, menjadikan mereka semakin jauh daripada cara hidup Islam.
“kita tengok hari ini, keadaan anak-anak remaja kita, bila dia rasa macam dah tak takut (kepada Allah) iman dia sudah tidak kuat (kerana) dia dah (terdedah) dengan banyak unsur-unsur yang didapati dari TV, ‘handphone’ dan sebagainya,
“inilah masalahnya kita (sekarang ini),”ujarnya, pada program yang diadakan sempena Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan yang dianjurkan oleh PAS Pusat.
Beliau merasakan ia menjadi tanggungjawabnya untuk membetulkan dirinya sendiri dan anak-anak remaja ini untuk kembali ke pangkal jalan, dengan usaha dakwah.
Beliau melahirkan kekesalan kerana menurutnya, pada hari ini para ulamak tidak dipandang penting, bahkan diperlekehkan oleh sesetengah pihak.
Beliau menempelak pihak yang mengata ulamak begitu dan begini, sedangkan orang tersebut tidak pun menghafal ayat-ayat al-Quran.
“hari ini kita nak mengata ulamak begitu…..ulamak begini…….siapa kita?berapa hadis yang kita hafal? Berapa juzuk (al-Quran) yang kita hafal dalam diri kita?,
“hari ini kalau kita hafal pun (ayat al-Quran)……….kita tak boleh terjemah pun ayat tu……kita tak faham pun maksud dia(ayat itu)…..(adakah) lagi kita nak mengata ulamak negitu, begini dan sebagainya?,”tegas Hairie.
Oleh itu, kata beliau, pihak yang cuba memecahkan umat Islam dan cuba menghalang daripada mengikut para ulamak adalah kerana, mereka tahu, umat Islam akan berjaya sekiranya mengikuti jejak langkah ulamak.