KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyeru kepada semua lapisan masyarakat Islam untuk hadir ke Himpunan 355 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini, bagi menzahirkan sokongan mereka.
Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 bakal dibawakan oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS itu sangat penting kerana ia akan mengangkat martabat undang-undang syariah di Malaysia.
Manakala bagi kaum bukan Islam pula, mereka tidak perlu merasa sangsi bagi memberikan sokongan kepada pindaan ini kerana RUU355 ini adalah sebahagian daripada tuntutan dalam Islam.
Seruan ini dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat selepas selesai mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu di Kampung Pauh, Telemong Khamis lalu.
Supaya benar-benar memberi kesempatan kepada umat Islam, dapat melaksanakan syariatnya, sebagaimana seluruh agama lain, diberi ruang sebebas-bebasnya untuk melaksanakan tuntutan agama mereka.
Maka berilah peluang kepada kami umat Islam, untuk dapat melaksanakan syariat kami, yang padanya jalan-jalan taubat untuk membersihkan kesilapan,” seru beliau.
Islam tegas beliau, sememangnya merupakan satu penyelesaian kepada masalah masyarakat sebegini.