Fastaqim 2.0 Pintu Rezeki Untuk Semua

2989

Oleh : Zainun Muhamad dan Sarah Aqilla

KUALA NERUS – Fastaqim 2.0 yang berlansung dengan meriahnya dipantai Tok Jembal telah menghimpunkan ahli dan penyokong yang teguh bersama disamping membuka peluang kepada semua.

Pihak penganjur telah menyediakan kemudahan sebanyak 400 gerai jualan barangan basah dan kering untuk para usahawan.

Pemborong Kanopi Ahmad Zainal Awang, 51, berkata, beliau amat gembira apabila mendapat tahu program besar PAS akan diadakan.

Katanya, ia dapat membantu memajukan perniagaan serta menambah pendapatan beliau, apabila PAS menyewa sebahagian kanopinya.

“Saya menyokong PAS mengadakan program sebegini kerana ia boleh membantu menambahkan pendapatan saya,

“Saya mempunyai lima orang perkerja dan jarang mendapat tempahan kanopi. Bila ada majlis perkhawinan baru ada pendapatan,” jelas Zainal.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana telah menerima tempahan sebanyak 60 buah kanopi untuk dan memperolehi pendapatan sebanyak RM10 ribu.

Sehubungan itu, Program besar PAS sepertu Fastaqim boleh meningkatkan ekonomi masyarakat dimana mereka boleh mempamerkan produk masing-masing.

Seorang peniaga Normazliana Razak, 22, yang datang dari Alor Setar Kedah berkata, beliau mendapat maklumat dari pada laan sosial PAS Malaysia.

“saya adapat malkumat dari FB berkenaan program besar ni……..saya suka program yang sebegini di samping saya boleh berniaga, saya berniaga barangan basah,

“Disamping berniaga saya boleh mengikuti taujihat yang diberi pemimpin PAS,” jelasnya.

Peniaga pakaian Mohamad Isa Yakub, 32, dari Kuantan datang bersama lima orang perkerja termasuk anaknya sendiri.

“Dari pagi (Jumaat) lagi dah buka gerai ini Alhamdulillah……… murah rezeki, ramai dah orang yang masuk memilih baju, muslimat dan baju muslimim yang ada di gerai saya ini.

“Walaupun program ini tidak berkala tapi boleh membantu kami saat ‘kelemasan’ dalam tekanan kehidupan dengan kenaikkan harga barangan yang tidak dikawal pihak berkuasa,” luahnya kesal.

Fastaqim 2.0 juga membuka peluang kepada Pemuda supaya dapat mencari sumber kewangan untuk pilihan raya akan datang.

Seorang peniaga muda Mohd Khairuddin Alias, 25, dari Kampung Duyong Seberang Takir berkata selain berjual beli, beliau dapat mengenali lebih ramai sahabat dalam PAS.

“terlalu rugi bagi pemuda yang tidak hadir kerana mereka akan terlepas satu amal untuk akhirat dan banyaknya ilmu kita akan dapat,

“serta dapat rapat silaturrahim antara pemuda negeri lain dan sekampung.” tegasnya.

Sementara itu, Mohd Asyraf b. Mohd Asri, 21, yang juga berasal dari kampung Duyong berkata, anak muda tidak perlu malu untuk berniaga kerana ia mendatangkan hasil yang halal.

Selain itu, peniaga dari manir, Nuremi Syahida Mohd Shukrimun, 26, berpendapat orang muda perlu merebut peluang niaga terutama melalui program-program PAS.

“baguslah orang muda ambil peluang untuk berniaga dalam program ini. Oleh kerana, peluang keemasan, orang hadir pun ramai,

“Anak muda juga patut mengambil peluang untuk ceburi bidang perniagaan…..tak perlu malu untuk berniaga kerana ianya sunnah Rasulullah, sembilan per 10 daripada sumber rezeki adalah perniagaan.” tambahnya lagi.