Farah Asyikin masih meneruskan kreativiti seninya dan masih menulis lagu serta bersama para ‘seniman’ yang lain, tetapi dengan kelompok yang berbeza.
Katanya, beliau kini sering bertemu dengan ‘kelompok usrah’ artis-artis yang berhijrah dan membantu antara sama lain dengan kerja-kerja di medan dakwah.


“abang Izam (Medicine) ada minta saya menulis lirik untuk laguuntuk dia…….dan saya buat lagu-lagu yang berbentuk ‘pop’ untuk menarik golongan yang seperti saya dahulu,
“mereka yang jauh dari agama jadi ia akan menarik mereka mendekati agama,”ujarnya ketika ditemui selepas menjadi panel dalam program Wacana Halatuju Muslimat Muda, bersempena Himpunan Harapan Semua, pada Jumaat 26 Februari.
Sejak berhijrah empat tahun yang lalu, beliau sering mendekatkan diri dengan masjid dan menyeru anak remaja dan para pemudi Islam agar mendekati masjid.
“

“datang awal ke masjid akan mendapat ketenangan sebab kita tidak berkejar-kejar, mendengar khutbah dengan tenang,”jelasnya.
Beliau yang sering dilihat menghadiri dan bersama program-program PAS berkata, sejak mengubah cara hidupnya dan berjinak-jnak dengan kerja-kerja Islam, PAS banyak menyediakan ruang serta pentas untuk berdakwah.
“Selepas penghijrahan pada 12 Februari 2012……… empat tahun lepas, yang menarik PAS telah menyediakan pentas untuk berdakwah,
“atas izin Allah ta’ala juga di dalam PAS, memang saya banyak belajar dan saya jumpa ramai insan tersebut melalui PAS saya memang terutang budi,”katanya.


“memang saya menangis ……..berjumpa almarhum, selepas itu saya jumpa Tuan Guru Haji Abdul Hadi (saya amat kagum), walaupun tidak pernah bercakap berhadapan,”tambahnya.
Farah Asyikin binti Zulkifli adalah seorang penyanyi Malaysia dan penulis lagu, yang menduduki tempat ketiga pada musim kedua ‘Malaysian Idol’ dan kelima pada musim pertama pertunjukkan ‘One in a Million.


























