Pasukan bola sepak Bandaraya Kuala Terengganu (TCFC) adalah antara pasukan yang mendapat kelegaan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk memberikan bantuan.
Setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam berkata,sebanyak RM2.6 juta dibelanjakan oleh badan induk bola sepak negara itu, bagi menyelesaikan tunggakan gaji pasukan yang telah mambantu pasukan kebangsaan.
Menurutnya, Selain TCFC, pasukan Bandaraya Kuala Lumpur, MOF, Polis dan Felcra, mendapat pembayaran.
“Wang itu dibayar kepada pemain Polis pada 19 Februari manakala pemain Felcra, MOF dan KL City telah mendapat pinjaman mereka pada 5 Mac. Hutang Terengganu telah diselesaikan awal hari ini (Khamis),” jelasnya.
Beliau berkata, FAM juga membuat pembayaran ketiga sebanyak RM1.3 juta kepada pemain dan pelatih yang terjejas daripada pasukan Felda United, Hanelang dan Marcerra United.
Walau bagaimanapun, Stuart memberi amaran kepada kelab tertentu untuk mengambil tanggungjawab dan bertanggungjawab atas tindakan mereka yang telah menyebabkan pemain dan jurulatih kehilangan kerja.
“Masih terdapat kelab yang tidak bertanggungjawab, yang masih tidak mengambil arahan dari FAM dengan serius.
“Bagi kelab-kelab ini, kami menegaskan lagi bahawa masalah itu akan menerima tindakan selanjutnya dari FAM.” tambah beliau.