El-Madini Juara Ameerah, DUN Tepoh Juarai Nasyid Muslimat Kuala Nerus

2047

Oleh : Che Ana

Kumpulan Ameerah El – Madini dari DUN Seberang Takir yang diketuai oleh adik Hani Faqihah Binti Halmi berjaya menjuarai Nasyid kategori Ameerah, dalam Pertandingan Nasyid Muslimat Kuala Nerus.

IMG-20151115-WA0025Dengan kelebihan 91 % mengalahkan dua lagi kumpulan Ameerah iaitu kumpulan Mujahiddah dari DUN Teluk Pasu dan kumpulan Raudhatul Jannah dari Ameerah DUN Tepoh.

Lagu wajib pilihan mereka adalah Pelita Hidup dan lagu pilihan ‘Allah Allah Kiya Karo’ yang dipopularkan oleh Maher Zain.

“Dengan latihan selama dua minggu tanpa jemu dan penuh semangat akhirnya kami berjaya tanpa diduga memandangkan pertandingan yang sengit,

IMG-20151115-WA0024“berbakat belaka Ameerah dari DUN lain,” Ujar adik Hani ketika ditemui selepas dinobatkan sebagai juara pada Sabtu 14 November.

[El-Madani tundung biru gambar kanan, manakala DUN Tepoh tudung warna cerah, gambar paling bawah kiri]

Sementara itu, persembahan terbaik dari kumpulan muslimat adalah dijuarai oleh kumpulan dari DUN Tepoh dan kumpulan El – Madini dari Ameerah DUN Seberang Takir memenangi kategori persembahan terbaik kategori Ameerah.

Solo terbaik juga dari Ameerah dan kategori muslimat DUN Seberang Takir Puan Asiah Jusoh mewakili kumpulan An- Nur Takkiri.

IMG-20151115-WA0027Para juri terdiri dari Puan Faridah Yahya selaku ketua juri, Ustazah Norfaizan Nordin dan Puan Sharifah Noraniza Sheikh Kadir.

Menurut Ketua Lajnah Kesenian dan Dakwah Muslimat Kawasan Kuala Nerus , Ustazah Juyariyah Ibrahim, objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara ahli , penyokong dan masyarakat setempat melalui pertandingan nasyid.

“Juga mendedahkan kepada masyarakat luar batas batas hiburan dalam Islam dan mencungkil bakat terpendam dalam kalangan muslimat , ameerah dan masyarakat setempat,”kata beliau

IMG-20151115-WA0031Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus Utazah Jamilah Jusoh telah sudi merasmikan pertandingan dan seterusnya memberi hadiah kepada para pemenang.

Bendagari Muslimat PAS Pusat Dr. Che Faridah Binti Che Ismail telah sudi memeriahkan lagi majlis dengan hadir bersama isteri ADUN Tepoh Puan Syarmila Sulaiman dan isteri ADUN Teluk Pasu Tuan RoslinaTuan Sulaiman dan juga Ketua Muslimat DUN Tepoh Ustazah Zainun Ali.

“Para pemenang akan mewakili Kawasan Kuala Nerus pada peringkat pertandingan negeri Terengganu pada tahun hadapan, Insyaa Allah,”kata Puan Norlida Seman, selaku pengerusi majlis mengumumkan, sebelum mengakhiri program tersebut.