DPPKT FC ‘Langkah Kanan’ Dilaman Sendiri

599

Oleh : Afif Fidee

KUALA TERENGGANU – Kelab Bola Sepak Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT FC) memulakan cabaran Liga Mahabbah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu 2022 dengan ‘langkah kanan’

DPPKTFC telah berjaya membenamkan cabaran Kelab Bola Sepak Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu (DPPKHT FC) dengan jaringan 2-1, pada
Selasa 15 Februai.

Perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dirasmikan oleh Ketua Pemuda DPPNT, Ustaz Mohd Harun Esa,selaku

Tuan rumah tangkas menyerang, seawal minit ke-10, Abdul Rahman Che Mat membuka tirai gol perlawanan setelah mendapat lorongan daripada Ahmad Faruqi Ismail.

Beliau berjaya menggelecek dua pertahanan Pasukan DPPKHT FC sebelum membuat rembatan kencang yang mengegar jaring gol.

Ketinggalan satu gol, DPPKHT FC bertindak menyerang bertubi-tubi dan hasilnya pada minit ke-30, Mohd Hafizuddin Alam Shah mencetak gol penyamaan.

Skuad DPPKT FC terus mengawal permainan dan kedudukan kekal sehingga separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, DPPKHT FC hampir mendahului tuan rumah tetapi peluang yeebuka itu disia-siakan oleh pemain pasukan DPPKTHT FC.

Akhirnya oada minit ke-50, Luqman Hakim berjaya mengumpan bola yang disempurnakan oleh Mohd Zaidi Aziz dengan rembatan kencang untuk gol kedua DPPKT FC.

Tuan rumah hampir menambah jaringan pada minit ke-64, bagaimanapun lorongan Ahmad Jazlan tidak berjaya disudahkan oleh Luqman Hakim.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.