Delima FC Juara Futsal DUN Paka

1819

Oleh : Aziz Jusoh

PAKA – Delima FC muncul juara keseluruhan selepas berjaya menundukkan 35 lagi pasukan bertanding sempena kejohanan merebut piala Adun Paka yang berlangsung di Futsal Masterscaff, di sini, baru-baru ini.

Delima FC mendapat saingan sengit daripada pasukan MZ A FC yang menjadi Naib Johan, manakala Keropok Dungun JR dan Junior A masing-masing berada di tempat ketiga serta keempat.

Kejohanan itu adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Dun Paka dan mendapat sambutan menggalakkan.

Pengarah program, Bari’ Asyraf Safian berkata, bukan sekadar merebut gelaran juara tetapi aktiviti kesukanan itu menjadi platform untuk golongan muda berkumpul.

IMG_20160130_162718“Kejohanan ini dianjurkan kerana ia dirasakan bermanfaat kepada anak-anak muda dan melalui pertemuan seperti ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah di antara satu sama lain.

“Kira-kira 300 pemuda berjaya dikumpulkan menerusi kejohanan kali ini dan ia satu respon yang amat positif.

“Semua menunjukkan komitmen yang baik dan mempamerkan aksi hebat ketika perlawanan serta pada masa yang sama tidak meninggalkan sikap atau sifat untuk saling bekerjasama dan memupuk semangat setia kawan,”katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama, Ahlia Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat yang menyokong usaha baik itu.

IMG_20160130_175134Beliau berkata, tujuannya adalah untuk meraikan golongan remaja dan pemuda menerusi aktiviti kesukanan tetapi pada masa yang sama tidak meminggirkan kriteria yang ditekankan dalam Islam.

“Ketika bersukan kita menitikberatkan ajaran Islam termasuk tidak meninggalkan solat dan menekankan aspek untuk menutup aurat.

“Ramai yang mengambil mudah tentang perkara seperti ini dan kadang-kala leka kerana sibuk bersukan.

“Bagaimanapun, kejohanan ini tidak meminggira kewajipan itu dan semuanya berjalan lancar.

“Kita bercadang untuk meneruskan acara ini pada tahun-tahun akan datang,”katanya