‘Datuk Sohok’ Seru Umat Istiqamah Memperjuangkan Islam Bersama PAS

11633

KUALA TERENGGANU – ‘Datuk Sohok’ atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud berikrar dan menyeru agar semua umat Islam istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama.

Beliau berkata,Islam akan mendapat kemenangan dan akan duduk diatas, apabila PAS menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Saya akan istiamah, sampai bila-bila….kita semua kena istiqamah untuk Islam, untuk kita semua. Kalau kita istiqamah, kemenangan akan ada bersama,

”bila kemenangan baersama kita, Islam akan duduk diatas sebab sekarang ni kita berjuang supaya Islam duduk di atas (tempat yang tinggi),” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai seruan akhirnya pada Program Santai beliau bersama Ustaz Azhar Idrus sempena Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Kelapan (HARAP-PGU 3.8) di Kuala Ibai, pada petang Jumaat 23 Mac.

Pelakon terkenal negara itu itu tanpa rasa ‘kekok’ dan ragu-ragu turut mengajak umat Islam di negara ini, agar yakin dengan kepimpinan ulamak yang diterajui oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

”kita kena yakin dengan Islam yang dibawa oleh Parti (Islam SeMalaysia) kita kena percaya kepada Presiden kita…..bila kita istiqamah Islam akan duduk diatas,” jelasnya.

Program berkonsepkan ‘satira hijau’ selama hampir dua di hadapan premis Mydin telah ‘memaku’ dan memukau lebih 5,000 orang hadirin.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah selaku pengacara, telah menghidupkan ‘soal jawab’ yang sarat berisi ilmu dan maklumat, disamping berjaya menghiburkan orang ramai.

Mustapha Kamal, yang telah berkempen diatas pantas PAS sejak pilihan raya umum kali ke-1 lalu, mengakui belum pernah ke luar negeri selain dari Kelantan.

”saya mula berkempen sejak PRU 2013 lepas….tapi di negeri Kelantan sahaja, ada permohonan dari negeri lain tapi saya tak pergi,” kata beliau

Beliau yang berasal dari Kampung Cempaka, Panji, Kota Bharu turut mengakui “ada sangkut paut dan pertalian darah,” dengan mantan Mursyidul Am PAS, almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/mustafa%20kamal1.jpg