Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan (Department of Arts, Culture And Sports – DACS) Terengganu siap Sedia menerima 1,000 pengayuh basikal yang dijangka menyertai ‘Fortissimus Montis Challenge 2017’.
Katanya, kejohanan basikal lasak itu yang akan diadakan pada 28 Januari ini dengan lokasi Sekolah Menengah Kampung Baru Kertih dijadikan lokasi pelepasan dan penamat kejohanan.
“lapan kategori pertandingan diadakan, melibatkan laluan sejauh 45 km dan 70% adalah laluan “off road” yang menjanjikan cabaran untuk pertandingan ini
“Kejohanan menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM 9,500 dan melibatkan penyertaan 1,000 orang peserta,”jelasnya
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan laluan dan persiapan terakhir kejohanan di sini, pada Sabtu 21 Januari.
“DACS Terengganu telah merancang tiga acara besar untuk peminat basikal pada tahun ini, dan kejohanan ini adalah acara yang pertama untuk kalendar sukan basikal untuk tahun 2017.
“Sukan berbasikal memang aktif dan ramai peminat di Terengganu, penganjuran ini akan mendekatkan orang awam dengan parti dan pimpinan kita,”jelas beliau.
Katanya, pertandingan ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan beberapa syarikat swasta menaja perbelanjaan dan hadiah kejohanan.