Bukit Tok Ris Johan Futsal Piala Ketua Pemuda UPU Bukit Tunggal

2478

KUALA NERUS – Penganjuran program sukan dan rekreasi adalah bukti bahawa PAS adalah parti atau jamaah Islam yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

IMG-20160528-WA0081Ketua Pemuda UPU Bukit Tunggal yang juga Pengarah Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda UPU Bukit Tunggal Mohd Riduan Abu Bakar berkata, ia dapat mendidik anak muda yang sihat bersukan dan mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat.

“Alhamdulillah, syukur diucapkan diatas penganjuran Futsal Piala Pemuda Upu Bukit Tunggal 2016, dan sekalung tahniah dan syabas buat pasukan yang telah berjaya menjuarai kejohanan pada kali ini,

“Penganjuran program sukan dan rekreasi adalah bukti PAS adalah parti atau jamaah Islam yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian,”ujarnya ketika ditemui pada Sabtu 28 Mei.

IMG-20160528-WA0080Katanya, pasukan Bukit Tok Ris menjadi juara dan pasukan Bukit Tunggal adalah naib juara dalam kejohanan yang disertai lapan pasukan itu.

Beliau berharap penganjuran sukan itu dapat mendidik anak muda yang sihat bersukan dan mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh ADUN Bukit Tunggal YB Dr. Haji Alias Bin Razak