Briged Muslimat Marang Cuci Rumah Mangsa Banjir

18

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Briged Muslimat Marang turun padang mencuci rumah anggotanya yang telah terlibat dengan musibah banjir yang melanda beberapa kampung baru -baru ini.

Ketuanya, Wan Azimah Wan Aziz berkata pihaknya tidak pernah melupakan kebajikan anggotanya, apatah lagi yang sentiasa komited menyumbang tenaga ketika diperlukan.

“Hari ini kami lakukan operasi pembersihan di rumah ahli jawatankuasa kami sendiri, selain membantu orang ramai yang terjejas dengan tenaga seramai 10 orang sukarelawan Briged Muslimat,”katanya.

Wan Azimah berkata demikian ketika ditemui seusai kerja-kerja pembersihan dijalankan di Kampung Padang Mengkuang di sini pada 3 Disember.

Wan Azimah Wan Aziz

Beliau yang juga merangkap Timbalan 2, Briged Muslimat Terengganu, turut membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menyertai sukarelawan Briged Muslimat Marang dan boleh berhubung di page facebook rasmi.

“Saya berharap semua yang berada di luar sana tidak segan untuk menyertai kami bagi membantu golongan yang ditimpa musibah ini,

” kami terbuka menerima semua golongan dan kaum bagi membantu orang ramai yang menjadi mangsa bencana banjir,” tambahnya lagi.