‘Bos’ Sabasun Hiburkan Pengunjung

3408

KUALA NERUS – Mini Karnival Sabasun HyperRuncit yang bermula sejak lima hari lalu menyaksikannya sendiri, pada petang ini ‘bos’nya sendiri, Che Salmi Che Ibrahim menghiburkan para pengunjung dengan mendendangkan lagu-lagu puisi.

Beliau ketika ditemui di premis Sabasun Wakaf Tembesu di sini berkata, berkata, “suka-suka je bang…….,” sambil melancarkan jualan lelong lima kilogram beras.

Makanan ruji yang biasanya berharga RM12 itu dijual murah, hanya RM7 sekampit.

Tidak sampai lima minit kita-kira 20 kampit beras tersebut habis licin dibeli oleh ‘peminat’ Sabasun, sebuah pasar raya borong yang cukup dikenali di kalangan warga Kuala Terengganu.

Sabasun merupakan sebuah perniagaan Melayu Islam yang banyak memberikan sumbangan kepada ‘jalan Allah.

Di kaunter pembayaran premis peruncitan besar itu dan di pintubesarnya, banyak diletak tabung-tabung untuk membantu umat Islam yang ditimpa kesusahan di seluruh dunia.

Ada tabung untuk Gaza Palestin, Rohingya dan tabung khas untuk membantu umat Islam di begara bergolak Syria.

Sebelum ini, dalam temubual bersama HARAP TV, Che Salmi berkata beliau juga melibatkan dakwah dengan masyarakat orang asli.

Katanya NGO menggemblengkan tenaga membantu untuk meningkatkan kefahaman Islam kepada orang asli di merata pelusuk seluruh negara.

“Kita sama-sama terpanggil untuk membina masyarakat lebih madani untuk bersedia menghadapi sebuah negara Islam in sha Allah tidak lama lagi,” jelasnya.

Justeru itu, beliau tidak kekok menghiburkan para pengunjung Sabasun kerana beliau juga seorang penggiat seni yang menjadikan ‘medium’ tersebit sebagai alat dakwah.