Oleh: Khairuddin Yusoff
HULU TERENGGANU – Perlawanan bola merebut Piala YB ADUN Ajil merupakan satu insiatif bagi merapatkan hubungan anak muda dengan masyarakat.
Timbalan Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Haji Ismail Osman berkata, perlawanan ini dapat menyatukan pemuda- pemuda di seluruh Ajil.
“Kita mendapat penyertaan melibatkan 29 pasukan yang bertanding, ini merupakan suatu pencapaian yang membanggakan.
“Mudah- mudahan dengan cara ini kita dapat berkenalan dan berhubung dengan mesra.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas acara penyampaian hadiah Kejohanan Piala YB ADUN Ajil bertempat di Padang Bola Kampung Bukit Perah, semalam (13 Oktober).
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Haji Ismail Osman yang juga Pemangku Ketua Ulama PAS Negeri Terengganu berharap agar hubungan ini akan berterusan menjadi satu gagasan yang baik untuk umat Islam hari ini.
Sementara itu, Pengarah Program, Mohd Amirul Husnayan Makhtar berkata, perlawanan bola 9 sebelah ini diadakan selama 2 hari dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan di seluruh kampung dalam DUN Ajil.
Katanya lagi, jika ada peluang, perlawanan sebegini akan diteruskan supaya mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat di DUN Ajil ini.