Terengganu, Malaysia

‘Board Of Peace’ Gaza Rancangan Menyelamatkan Israel

‘Board Of Peace’ Gaza Rancangan Menyelamatkan Israel

KUALA TERENGGANU – Cadangan Amerika Syarikat untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi mengurus dan mentadbir Gaza disifatkan sebagai satu perancangan terancang untuk menyelamatkan Israel serta menyekat kebangkitan rakyat Palestin.

Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata ‘Board Of Peace’ cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump diwakili oleh hanya individu terpilih daripada beberapa negara tertentu sahaja.

“Walaupun termasuk wakil dari negara Islam, namun hakikatnya, kata beliau, ia adalah satu bentuk campur tangan asing terhadap kedaulatan Gaza.” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Seminar Asas Kesedaran Pemikiran Dalam Islam yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, pada Selasa.

Menurut beliau, situasi kemanusiaan di Gaza ketika ini amat menyedihkan, justeru memerlukan perjuangan rakyat Palestin demi mempertahankan tanah air mereka daripada penjajahan.

Sayugia kata Dr Khalil, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin khususnya Hamas menerima cadangan genjatan senjata secara positif, tetapi tetap berpegang kepada syarat-syarat yang tegas dan tidak boleh diganjakkan.

“Antara kepentingan utama ialah memastikan Gaza tidak ditakluk oleh negara haram Israel serta penegasan bahawa mereka tidak akan meletakkan senjata kerana perjuangan tersebut adalah sah di sisi undang-undang antarabangsa.

“Tindakan rakyat yang bangkit menentang penjajahan di negara mereka sendiri merupakan satu keperluan dan diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tegas ADUN Batu Buruk itu.

Beliau menambah, mana-mana negara yang dijajah dan ditakluk, rakyatnya mempunyai hak dan keperluan untuk bangkit menentang penjajahan tersebut.

“Oleh itu, kewujudan kumpulan-kumpulan pejuang di Palestin adalah sah dan diiktiraf di sisi undang-undang antarabangsa,” katanya lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan