BERSIHkan SPR; Jangan Sampai Rakyat Hilang Kepercayaan!

622

Kes ini disedari setelah nama beliau disemak dalam senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR.

Bagi DPPM, tindakan SPR memindahkankan tempat mengundi Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu kesalahan besar. SPR telah dianggap menyalahgunakan kuasa mereka kerana bertindak atas kuasanya memindahkan mana-mana pengundi mengikut kehendak mereka.  Sedangkan sebelum ini Tan Sri Khalid mengundi di Parlimen Petaling Jaya Selatan dan tidak pernah memohon untuk menukar tempat mengundi. Tidak semena-mena, nama beliau ditukar ke Parlimen Lembah Pantai pula. Apakah rasionalnya Tan Sri Khalid dipindahkan tempat mengundi? Jika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dipindahkan tempat mengundi, apa jaminan rakyat biasa yang lain tidak diperlakukan begitu?

DPPM menganggap kes yang menimpa Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan suatu tindakan sabotaj oleh pihak tertentu yang berusaha menafikan hak beliau untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas pilihanraya umum ke 13. Mungkin juga ini usaha dari pihak tertentu yang mahu merampas negeri Selangor dari Pakatan Rakyat dengan menukar pemilih yang dikenalpasti sebagai pengundi Pakatan Rakyat dari tempat asal di Selangor ke luar dari negeri Selangor.

DPPM menuntut penjelasan SPR bagaimana kes ini boleh terjadi. Kes ini boleh menimbulkan prejudis masyarakat bahawa daftar pemilih yang dikendalikan oleh SPR tidak bersih dan mempunyai data-data yang meragukan. Dalam keadaan negara bakal hadapi pilihanraya umum ke 13, kesilapan atau kesalahan seperti ini tidak harus berlaku. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem pilihanraya di negara ini

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia