Berhati-Hati Dengan Pelaburan Hartanah

1938

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Para pengguna dan pelabur dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat pelaburan hartanah.

Peguam hartanah Fariz Irwan Dato’ Mustafa berkata, golongan tersebut dinasihatkan agar membeli menurut keperluan sahaja.

“Kalau kita faham cara (proses) hartanah akan lebih ramai orang beli hartanah dan memajukan sektor perumahan di Terengganu.

“Jika orang tu tak tahu tentang hartanah mungkin dia beli satu sahaja ataupun beli dua sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalamsidang media Seminar Cakan Hartanah Terengganu 2018 di Hotel Primula pada 8 Oktober.

Katanya, beliau boleh menjadi pemudah cara untuk memberikan panduan bagaimana melabur dengan cara yang betul tanpa merisikokan duit dan tahap meminjam .

“Dalam karung dia tahu dia boleh meminjam sampai berapa kerana sifu hartanah ajar kita kalau kita ada seratus ribu kita beli cash kita hanya dapat satu.

“Tapi kalau RM100 ribu tu kita guna deposit RM10 ribu (atau) RM20 ribu dan selebihnya pinjaman bank kita boleh 10… lapan…lima paling tidak tiga jadi itu nilainya.

“Dan kalau ada RM10 ribu .. RM20 ribu kita boleh beli dua atau tiga (rumah) menggunakan pinjaman Bank Islam dan sebagainya,” ujarnya.

Menurutnya, duit yang nak dibelanjakan minimum 30% daripada gaji dan maksimum 50% untuk perbelanjaan.