KUALA TERENGGANU – Setiap ringgit yang dibelanjakan dalam pendidikan bukan sekadar bantuan hari ini, tapi pelaburan untuk masa depan Terengganu.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Terengganu YB Dato’ Ustaz Satiful Bahri Mamat berjaya, tanpa pendidikan, sukar untuk sesebuah negeri melangkah jauh.
“Kemajuan sesebuah negeri bukan diukur pada bangunan besar semata-mata.
“Bahkan pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk manusia berilmu, berakhlak dan berdaya saing.” katanya pada hantaran di media sosialnya semalam.
Oleh sebab itu, tambah beliau, sektor pendidikan terus diberi perhatian, kerana di situlah asas kemajuan negeri dibina.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan, apabila pendidikan diperkukuh, bukan sahaja hari ini yang terbela, malah masa depan Terengganu turut terjamin.
“Dari RM6j kita sasar RM7j peruntukan biasiswa pendidikan negeri pada tahun depan.
“Matlamatnya mudah, lebih ramai anak Terengganu berjaya melanjutkan pelajaran dan bersedia membina kerjaya masa depan, tanpa tercicir hanya kerana kekangan kewangan.” tambah beliau.
Justeru kata beliau, dengan sasaran RM7 juta ini, kita mengambil pendekatan lebih strategik dan inklusif.
“Dengan keputusan itu kita membuka pelbagai laluan pengajian, termasuk destinasi kos efektif supaya manfaat biasiswa dirasai lebih ramai pelajar.” jelasnya






























