DUNGUN – Banjir mula melanda beberapa buah kampung di DUN Rantau Abang dijangka akan berterusan memandangkan hujan masih turun kemungkinan paras air terus naik di kawasan-kawasan rendah.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi berkata sehingga petang tadi , tiga Pusat Pemindahan Sementara(PPS) telah dibuka di Pelandang, Alor Mak Bah dan Tok Kah.
“Di PPS Balai Raya Pelandang seramai 43 mangsa, di PPS KRT Alor Mak Bah ada 19 orang mangsa dan di PPS Tok Kah ada 2 kelurga,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang berkata demikian ketika ditemui selepas bertemu mangsa -mangsa banjir di PPS Tok Kah di sini petang semalam.
Beliau turut meminta kepada seluruh masyarakat DUN Rantau Abang untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia awal dengan sebarang kemungkinan.
“Awasi anak-anak, pastikan di mana mereka berada kerana malang tidak berbau, tolong berpindah segera kalau.diarahkan berbuat demikian, jangan tunggu malam atau banyak alasan,” nasihatnya lagi.






























