Aziz M. Osman Harap Akhiran Hidupnya Baik

1568

KUALA TERENGGANU – Pengarah terkemuka tanah air, Aziz M.Osman berharap hidupnya akan diakhiri dengan baik sebagaimana berakhirnya cerita-cerita yang baik dalam sesebuah filem.

“alhamdulillah………umpamanya kalau kita tengok filem………yang penting sekali akhir filem itu……’ending’ (akhiran) filem itu, samada ‘hero’ itu terselamat atau hero itu mati,
IMG_20160102_082958“harapan saya tu…….ending (akhiran) saya eloklah………….kalau naik ‘credit title’ (pada akhirnya) akan keluar yang baik-baik,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersama sepentas Ustaz Abdullah Khairi, dalam program Bual Bicara sempena Karnival Eksplorasi MaulidurRasul 1437 di Masjid Jamek Pengadang Baru dekat sini semalam, 1 Januari.

Sebelum itu, Aziz bersama Dr Ustaz Riduan Mohd Noor telah menjadi panelis bagi program bual bicara ‘Air Mata Syria’ pada Karnival yang sama.

Katanya, beliau bukanlah tidak aktif lagi dalam dunia perfileman, tetapi kurang aktif sejak tahun lalu apabila mula menyertai NGO Muslim Care dan menziarahi serta menyampaikan bantuan kepada pelarian Syria.

“bukan saya tak aktif, saya masih aktif tapi kurang (dalam seni dan filem) dengan Allah mengizinkan saya dan membuka pintu hati dan sama-sama membantu pelarian Syria dengan Muslim Care,

“dan menyaksikan sendiri keadaan macamana negara luar dan mengambil peluang dari negara kita yang aman dan damai (untuk membantu umat Islam),”jelasnya.

IMG_20160102_082917Beliau yang telah mengarah dan terlibat dalam pengeluaran 16 filem sejak tahun 1990 telah dua kali menyertai misi membantu pelarian Syria, kali pertama pada tahun 2014 dan kedua pada akhir 2015.

Menurutnya, dalam kedua-dua Misi tersebut, beliau merasa kagum dengan sikap para pelarian Syria yang tenang dalam ujian yang mereka hadapi, kerana mereka telah redha dan menyerahkan diri kepada Allah.

“tidak kurang 12 biji bom yang digugurkan ke atas rakyat Syria pada setiap hari, sebab itu mereka melarikan diri, sekiranya tidak, mereka seolah-olah membunuh diri,

“mereka tenang dan redha, bila setiap kali bom jatuh hanya dua sahaja yang mereka harapkan, sama hidup atau mati (sebagai seorang) syahid,”tambah beliau