Oleh : Zul Shawal
DUNGUN – Menyedari kenderungan sebahagian besar anak muda tempatan meminati sukan bola sepak, telah menjadi inspirasi sekumpulan pemuda menubuhkan pasukan bola sepak bertaraf amatur.
Bermula dengan membuat pemilihan pemain dikalangan anak muda kampung dan mencari jurulatih peribadi, kini Ayahnda F.C boleh berbangga setelah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan pada bulan Febuari 2015
“Tujuan utama penubuhan Ayahnda F.C untuk kumpulkan anak muda AMBS agar mereka tidak terlibat dengan gejala negatif.
“Selain kami cungkilkan bakat dan skill yang ada pada mereka, kami juga bertanggungjawab membawa bakat mereka ke ‘level’ yang lebih tinggi. Bukan setakat bermain dikampung sahaja,” hujah Hanif Safwan Mansor, Setiausaha Ayahda F.C.


Walaupun hanya berjaya sampai ke peringkat suku akhir, bakat anak muda AMBS mula digeruni oleh pihak lawan.
Beliau yang ditemui ketika Kejohanan Futsal Terbuka AMBS anjuran Ayahada F.C berkata, sepanjang tahun lepas persatuan ini telah membuat satu program bagi mencari pemain pelapis bagi pasukan bola sepak Ayahnda F.C. setakat ini 2 pasukan bola sepak baru yang bernaung dibawa persatuan mereka berjaya diwujudkan.
Berpegang dengan prinsip ‘matang dan sejahtera, persatuan ini menerima semua pemain yang berjaya dalam sesi pemilihan tanpa mengira fahaman politik.
Namun pemain terpilih diharuskan mengikuti syarat yang telah ditetapkan seperti berpakaian menutup aurat ketika sesi latihan dan perlawanan serta penekanan terhadap solat.
Dalam kejohanan pada kali ini, seramai 42 pasukan futsal telah berentap digelanggang Futsal Al Muktafi Billah Shah. Terdapat pasukan yang hadir daripada daerah Kuala Terengganu dan Kemaman.
Kejohanan yang menawarkankan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 telah dimenangi oleh peserta tempatan daripada pasukan Muiez Bina FC (MBFC).
Pihak penganjur berazam akan mengadakan kejohanan bola sepak padang 9 sebelah dalam masa terdekat. Mereka juga merayu kepada individu atau syarikat yang sudi menjadi penaja kepada aktiviti – aktiviti sukan bola sepak yang akan mereka jalankan.


























