Anak Muda Bantu PAS Tawan Destinasi Tersohor

2191

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Kejayaan anak muda ‘menawan’ sepenuhnya Pantai Kuala Kemasik yang menjadi destinasi tersohor aktiviti ‘outing’ kepada peminat fotografi tempatan dan luar negara sangat membanggakan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Dun Kemasik, Mohd Shahrim Ibni Hajjal berkata demikian sebaik sahaja selesai mengetuai tugasan berkenaan pada pagi Jumaat, 02 Februari, semalam.

“Kita mengorak langkah membuat persiapan menaikkan panji-panji parti di beberapa lokasi strategik di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kemasik sebagai sebahagian persiapan menjelang pilihan raya.

“Lokasi ini (Pantai Kuala Kemasik) adalah paling menarik, kerana ianya menjadi tumpuan orang ramai mengambil gambar kerana keunikan serta keindahan yang telah popular sejak sekian lama.

“Bendera besar parti telah berjaya kita dinaikkan di sebuah bukit yang merupakan mercu-tanda dengan latar belakang keindahan sebenar Pantai Kuala Kemasik, cukup menarik….!” kata Mohd Shahrim.

Beliau juga memuji semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh hampir 15 orang anak muda dari Unit Peti Undi (UPU) Tok Kaya yang telah berjaya membuat perancangan hingga segala kerja-kerja berjaya disiapkan dalam tempoh masa singkat.

“Mereka sangat bersemangat untuk melakukan tugasan pilihan raya, segala kepakaran mereka akan kita cuba manfaatkan…..insyaAllah,” kata Mohd Shahrim lagi.

Usaha golongan anak muda ini mengangkat imej parti dengan mula memasang bendera parti di beberapa lokasi menarik juga mendapat pujian Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik.

“Meskipun bendera-bendera ini ha­nyalah secarik kain yang akan berkibar bila tertiup angin, akan tetapi di hati musuh ianya laksana sambaran tombak dan panah yang berdesup sepantas kilat,” kata Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik, Ustaz Muhammad Asri Kadir