Jumlah keseluruhan pampasan menurut Bernama adalah RM120,00 dan akan dibayar kepada bekas jurulatih mereka yang ditamatkan kontrak lebih awal disebabkan kemerosotan prestasi pasukan.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diarah membayar pampasan kepada Mat Zan Mat Aris; Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kepada Robert Scully dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) kepada Mohd Nidzam Adha Yusoff.
Bayaran yang diterima masing-masing dari jumlah pampasan itu tidak dinyatakan.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin Hassan berkata kesemua persatuan tersebut perlu menjelaskan bayaran pampasan itu dalam tempoh sebulan dari tarikh surat dikeluarkan oleh FAM.
“Sekiranya mereka tidak mampu menjelaskan bayaran tersebut, FAM akan memotong jumlah peruntukan tahunan yang diberikan kepada persatuan (bola sepak negeri atau kelab) kerana kita amat menitikberatkan masalah yang dihadapi pemain dan juga pegawai.
“Ketiga-tiga persatuan bola sepak tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FAM sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma FAM, di sini, Khamis.
Terbitan berita terkait sebelum ini;
Mat Zan Sepatutnya Dapat Imbuhan – Abdullah Ali
Mat Zan Kecewa Layanan Buruk PBSNT
Akhirnya Mat Zan Terpaksa Melangkah Pergi!
Mat Zan ‘Direhatkan’ Selama Dua Minggu