Seramai 44 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga Kelab Aktivis Media Inspirasi akan berangkat ke Madinah dan seterusnya ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.
Sebelum ini aktiviti KAMI berkisar misi kemanusian di dalam dan luar negara selain aktiviti mencungkil bakat penulisan media di Terengganu dan beberapa negeri lain di semenangjung, kali ini KAMI membawa anggota keluarganya untuk mengerjakan ibadah umrah.
Bertolak seawal pagi ini dari KLIA2 dan dijangka mendarat di Jeddah jam 9:30 pagi waktu tempatan. Selepas itu rombongan akan bergerak ke Madinah.
Di sini rombongan akan dibawa melawat beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Khandak dan Ladang Tamar.
Rombongan juga di bawa ke pasar lama Madinah, kawasan Musollayat, Masjid Saiditina Abu Bakar dan Saidina Ali. Selain itu rombongan akan di bawa ke tempat sejarah Pembinaan Masjid Nabawi, Ziarah perkuburan Baqi’Al Gharqa, Telaga Ha’ dan Budho’ah. Manakala jemaah muslimat akan di bawa menziarahi Raudhah.
Selepas enam hari di Mekah rombongan akan bertolak balik ke Malaysia dan dijangka tiba pada 13 Disember di KLIA.
Kami mengharapkan usaha yang tidak berteraskan keuntungan, hanya memberi peluang kepada Ahli KAMI dan keluarga mereka mengerjakan umrah dengan harga mampu.
InshaAllah jika diberi peluang KAMI akan terus merancang usaha seperti ini selain dari kerja kemasyratan seluruh dunia tanpa mengira situasi terutama di zon bencana seluruh dunia.
Naraza Muda
Pengerusi KAMI
02 Disember 2019