‘Abih Gas’ Muncul Juara 8 Sebelah Pinang Merah

1401

Oleh : Are Zhih

DUNGUN – Pasukan ‘Abih Gas’ muncul sebagai Juara dalam kejohanan 8 sebelah piala Ketua Cawangan PAS Pinang Merah yang berlangsung di padang bola sepak kampung Pinang Merah dekat sini.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Abih Gas yang memakai jersi merah mencatat sejarah tersendiri apabila dapat menewaskan pasukan ‘Dok Rok Ccetong’ dengan memakai jersi putih, dengan kemenangan tipis 2-1 sekaligus membawa pulang hadiah utama dan piala pusingan serta cenderamata.

IMG_20151101_082824Ketua Cawangan PAS Pinang merah Che Wan Mustafa bin Che Wan Kaman, penganjur perlawanan berkata, suasana paling ceria adalah ketika perlawanan akhir berlangsung dan menjadi lebih meriah apabila perlawan itu disaksikan sendiri oleh ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu itu kemudiannya telah menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang.

Pemain kedua-dua pasukan telah menunjukan kekuatan dan skil masing-masing bagi merebut gelaran juara liga bola sepak veteran 35 tahun ke atas tertutup Pinang Merah.

Perlawanan liga selama dua hari bermula hari Jumaat 30 Oktober dan berakhir hari ini Sabtu 31 Oktober melibatkan 4 kategori; Bawah 12 tahun 4 pasukan, bawah 16 tahun 7 pasukan, Kategori Terbuka 8 pasukan dan Veteran 35 tahun keatas.

Seramai hampir 200 orang pemain dari empat kategori pasukan tersebut menyertai perlawanan liga musim ini.